
Sekali sekala, tak salah rasanya kalau tukar selera. Jemu juga kalau asyik makan nasi kan? Jom kita cuba resipi meatball bolognese cheese yang dikongsi oleh Hidayati Hana menerusi grup Rasa Kongsi Resipi. Nampak sedap, lagi-lagi kalau makan panas-panas. Memang terangkat!
RESIPI MEATBALL BOLOGNESE CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket meatball/ chickenball (brand marina/ayamas pun sedap)
- 1 tin sos bolognese prego (brand kimball)
- 1/2 cwn susu segar
- 1 biji bwg holland (potong dadu)
- I biji capsicum merah/hijau (dadu)
- Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
- Sedikit garam
- Mozarella cheese
CARA PENYEDIAAN MEATBALL & SOS BOLOGNESE:
- Gorengkan meatball dengan sedikit minyak/butter
- Bila dah masak masukkan bawang dan capsicum
- Tutup api ketepikan
- Dalam periuk lain, masakkan sos bolognese
- Masukkan sos prego, susu, sedikit garam dan lada hitam
- Masak hingga mendidih dan pekat
- Dah siap tutup api
CARA MASAKAN MEATBALL BOLOGNESE CHEESE:
- Masukkan meatball tadi dalam bekas/loyang
- Letakkn sos bolognese hingga menutupi meatball
- Taburkan cheese mozarella
- Bakar dalam suhu 170 selama 10-15 minit
- Dah siappp!
Jika anda sedang mencari barangan dapur yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.
Kredit Resipi & Foto: Hidayati Hana
Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Mi Goreng Kicap Cara Makcik Kantin. Tiada Rencah Cuma Kicap Tapi Punyalah Sedap

Isi Kandungan
ToggleMi goreng kicap saja, tiada rencah atau sayur pun. Garam dan gula pun tak masuk tapi sedap sungguh pada tekak kita waktu sekolah dulu. Sampai hari-hari boleh makan mi goreng ini waktu rehat.
Bila dah lama tinggalkan alam persekolahan ada masa teringin pula nak makan mi goreng makcik kantin ini. Jangan kempunan, tak dapat makan di kantin sekolah kita goreng sendiri saja di rumah. Mi ini memang nampak gelap tapi rasanya sedap.
Bahan-bahan
2 bungkus mi kuning
3 ulas bawang putih (cincang)
Cili kisar
Kisar pedas (jenama Ikhwan)
Kicap lemak manis (jenama Jalen)
Kicap pekat (jenama Jalen)
Minyak bijan
Cara membuat:
1. Celur mi kemudian tos. Masukkan dalam bekas dan tuang semua jenis kicap. Gaul mi dengan kicap ini sampai rata.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan pes cili kisar hingga naik bau.
3 Masukkan mi kicap tadi, besarkan api dan kacau sebati.
4. Jika nak basah, masukkan sedikit air. Bila mi dah lembut tutup api dan renjis minyak bijan. Siap!
5. Miini memang tak letak garam dan gula hanya menggunakan kicap sebagai perasa. Sukatan kicap boleh sesuaikan kita citarasa.
Sumber: Neny Lai Han
Masak Sendiri Nasi Arab Paling Simple, Sedap & Jimat.

Kenapa perlu bazirkan duit hingga beratus ringgit makan Nasi Arab di restoran atau oder online kalau anda boleh sediakan sendiri di rumah dengan cara paling simple dan sedap ikut selera anda sekeluarga. Bukankah cara ini lebih jimat sesuai dengan musim pendemik civid di mana kita semua tak perlu keluar rumah tanpa ada keperluan. Untuk resipi mudah itu, ini dikongsikan resipinya, mungkin anda boleh cuba hari ini atau esok.
NASI ARAB
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras Basmathi | rendam dengan sedikit garam
2 paha ayam atas & bawah | rebus dengan rempah sup bunjut & simpan 3 cawan air rebusan
BAHAN PERAPAN AYAM:
1 biji bawang besar | kisar
3ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil yogurt
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar madu | jika tiada guna gula melaka atau putih
BAHAN MASAK NASI:
1/2 biji bawang besar | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1/2 bawang mesar | hiris
1 biji tomato | potong dadu
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji cili hijau
2 sudu makan mentega/ marjerin untuk menumis
1 sudu makan minyak masak
1 genggam daun ketumbar | cincang kasar
1 kiub pati ayam
Sedikit pewarna kuning/oren
CARA MEMBUAT:
- Untuk menyediakan ayam, rebus ayam dengan sup bunjut separuh masak. Simpan air rebusan dalam 3 cawan. Ketepikan.
- Cucuk-cucuk ayam dengan garpu kemudian gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 30 minit.
- Selepas diperap boleh digoreng atau dibakar hingga masak. Jika bakar gunakan suhu 200C menggunakan api atas bawah lebih kurang 30 minit.
- Seterusnya cara sediakan nasi: Toskan beras yang direndam dan ketepikan.
- Panaskan kuali, masukkan mentega/marjerin dan minyak. Tumis rempah penumis.
- Setelah wangi masukkan hirisan bawang, kacau seketika masukkan pula bahan kisar.
- Tumis hingga pecah minyak, masukkan tomato dikuti serbuk lada hitam, ketumbar dan jintan manis dan putih. Gaul rata dan tambah sedikit air jika terlalu kering.
- Selepas 3-5 minit, masukkan cili hijau serta air rebusan ayam 2 1/2 cawan.
- Masukkan beras dalam periuk nasi dan tuangkan air tumisan tadi ke dalamnya, gaul rata, masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Tabur daun ketumbar, tutup periuk dan masak macam biasa.
- Bila nasi sudah masak, titiskan pewarna kuning/oren dalam nasi, tutup semula periuk, bila nak makan baru gemburkan nasi dengan garpu perlahan-lahan. Elak nasi dari patah-patah.
- Nasi sedia dihidangkan bersama ayam yang dipanggang atau goreng tadi. Untuk hidangkan lengkap tambahkan salad dan sambal cilinya sekali.
INFO:
SUKATAN AIR UNTUK MASAK BERAS BASMATHI: 1 cawan beras = 1 dan 1/4 atau 1/2 cawan. Jangan lebih. Tak kisahlah air itu dicampur santan atau susu cair. Dalam resipi ini digunakan air rebusan ayam sahaja.
SAMBAL CILI: 3 biji cili merah + 5 biji cili padi+1 biji tomato +1 sudu makan jus lemon + edikit daun ketumbar + sedikit garam dan gula.Campurkan semua bahan ini dalam pengisar dan kisar, kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula.
UNTUK SALAD: 1/2 batang timun dipotong dadu + 2 biji tomato + beberapa helai daun salad (sebarang salad) hiris kasar + sedikit daun ketumbar cincang halus + 2-3 sudu makan yougrt/ moyones + 1 sudu makan jus lemon + sedikit garam halus dan guna. Campur semua bahan ini dalam mangkuk dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
OLEH KHAIRUNNISA MOHAMMAD
Senang Buat Dessert Sedap & Cantik Ni.

Terdapat pelbagai jenis dessert yang boleh anda semua cuba, terkini dessert yang disediakan dan bekas atau gelas kecil menjadi tarikkan kerana ia lebih mudah dihias dan kelihatan cqntik bila dihidangan di atas meja. Rasa macam tak sabar nak jamah.
PUDING STRAWBERRY
BAHAN-BAHAN:
500 ml susu cair
1sachet agar-agar serbuk warna pink.
4sudu makan yogurt
30gm coklat masak putih
5-6 sudu makan gula pasir
Pes strawberry secukupnya.
CARA MEMBUAT:
- Campurkan agar-agar serbuk dengan susu cair dalam periuk, kacau rata.
- Campurkan pula gula dan yogurt, kacau lagi hingga sebati.
- Renehkan atas dapur setelah mendidih masukkan coklat putih.
- Setelah coklat cair dan mereneh. Tutup api.
- Tuangkan dalam acuan kecil, bila hilang wap, sejukkan dalam peti air.
- Bila sedia dihidangkan, hias di atasnya dengan pes strawberry, hirisan strawberry.
PUDING TEMBIKAI SUSU KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk perasa Pudding Tembikai Susu
500 ml air
BAHAN KARAMEL
150gm gula
100 ml air
BAHAN HIASAN:
Buah Strawberry
Buah tembilai susu
Buah sunkis
Daun Pudina
CARA MEMBUAT:
- Campurkan serbuk agar-agara dengan 500ml air, kacau rata dan didihkan atau dapur.
- Sejukkan hingga hilang wap, tuangkan dalam gelas yang telah disediakan (tuang hanya separuh gelas sahaja).
- Kemudian sediakan caramel. Masukkan gula dalam satu sudu makan air.
- Goyangkan periuk biarkan air membasahi gula sepenuhnya.
- Panaskan atas dapur hingga gula menjadi coklat caramel.
- Tuangkan baki air ke dalamnya. Setelah mendidih dan pekat, tutup api. Dan sejukkan.
- Potong buah-buahan untuk hiasan.
- Keluarkan puding dari peti ais, kemudian tuangkan 2 sudu makan caramel ke atas puding.
- Akhir sekali hiaskan dengan potongan buah-buahan tadi serta daun pudina.
PUDING SANTAN AVACADO
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN 1:
1 paket agar-agar serbuk650ml santan
85gm gula pasir
2 lmbr daun pandan, sobek2
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 1/2 biji buah avakado | jadikan pes
LAPISAN2:
1/2 paket serbuk agara-agar
350ml air
100gm gula melaka
1 helai daun pandan
Kelapa muda secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan lapisan pertama dan didihkan hingga mendidih.
- Tutup api dan kacau hingga wapnya lalu masukkan buah avakado yang telah dijadikan puri. Kacau lagi.
- Tuangkan dalam acuan kecil yang disediakan dan ketepikan.
- Campurkan semua bahan lapisan kedua, masak hingga mendidih.
- Angkat dan tapis ke dalam bekas dan biarkan hilang wap panas.
- Masukkan hirisan kelapa muda, kacau rata.
- Tuangkan perlahan ke atas lapisan pertama.
- BIla sejuk baru masukkan dalam peti sejuk.
- Setelah sejuk sedia dihidangkan.
By @linasutiono

PUDDING OREO
BAHAN-BAHAN :
1 paket agar-agar serbuk
900ml susu cair
100gm gula pasir
50gm coklat putih
100gm krim segar
1 bungkus oreo
1/2 sudu teh vanila
.
CARA MEMBUAT :
- Campurkan susu, vanilla dan gula kacau rata.
- Kemudian didihkan atas dapur dengan api perlahan hingga mendidih. Tutup api.
- Campurkan krim dengan coklat, masak atas api perlahan, kacau hingga coklat cair. Tutup api.
- Masukkan ke dalam bahan agar-agar kacau rata. Tuangkan dalam bekas kecil dan hias dengan kepingan oreo.
- Apabila tiada wap, sejukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
by @dapur.shanty__6
Source : buku bakulan mbaiyya