Resipi Meatball Bolognese Cheese Yang Menggiurkan. Sedap Kalau Makan Panas-Panas!

Share

Sekali sekala, tak salah rasanya kalau tukar selera. Jemu juga kalau asyik makan nasi kan? Jom kita cuba resipi meatball bolognese cheese yang dikongsi oleh Hidayati Hana menerusi grup Rasa Kongsi Resipi. Nampak sedap, lagi-lagi kalau makan panas-panas. Memang terangkat!

RESIPI MEATBALL BOLOGNESE CHEESE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket meatball/ chickenball (brand marina/ayamas pun sedap)
  • 1 tin sos bolognese prego (brand kimball)
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 biji bwg holland (potong dadu)
  • I biji capsicum merah/hijau (dadu)
  • Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
  • Sedikit garam
  • Mozarella cheese

 

CARA PENYEDIAAN MEATBALL & SOS BOLOGNESE:

  1. Gorengkan meatball dengan sedikit minyak/butter
  2. Bila dah masak masukkan bawang dan capsicum
  3. Tutup api ketepikan
  4. Dalam periuk lain, masakkan sos bolognese
  5. Masukkan sos prego, susu, sedikit garam dan lada hitam
  6. Masak hingga mendidih dan pekat
  7. Dah siap tutup api

 

CARA MASAKAN MEATBALL BOLOGNESE CHEESE:

  1. Masukkan meatball tadi dalam bekas/loyang
  2. Letakkn sos bolognese hingga menutupi meatball
  3. Taburkan cheese mozarella
  4. Bakar dalam suhu 170 selama 10-15 minit
  5. Dah siappp!

 

Jika anda sedang mencari barangan dapur yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.

Kredit Resipi & Foto: Hidayati Hana

Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:

Published by
Naqiyatul Uzma