Jom belajar buat meatball homemade. Ramai yang puji ‘meatball’ Ikea memang sedap terutamanya sos dan bebola dagingnya yang bersaiz besar. Sebenarnya tak susah sangat pun hendak buat hidangan  ini. Boleh cuba resepi perkongsian Puan Tahrunnisah Jali. Katanya resepi ini asalnya dari Kak Sue Norrman yang kini menetap di Sweden. Resepi ini adalah resepi asli Swedish dari mak mertua beliau yang diubah ikut citarasa.

 

CARA HASILKAN MEATBALL HOMEMADE & SOS SWEDISH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar – cincang halus (*)
  • 1 sudu makan mentega (*)
  • 3/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
  • 1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1-1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan serbuk roti – kisar halus
  • 30ml susu segar
  • 1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak, boleh masukkan.

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.

Resipi Meatball Homemade & Sos Swedish Yang Sedap.

2. Satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan. Masuk bawang yang ditumis tadi. Uli lagi hingga sebati dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.

Resipi Meatball Homemade & Sos Swedish Yang Sedap.

3. Dengan menggunakan non-stik pan, masukkan sedikit mentega dan masukkan bebola daging tadi.

4. Masak menggunakan api sederhana dan tutup kuali supaya bebola daging masak. Balik-balikkan sekejap hingga garing.

Nota: Lebihan mentega di dalam kuali jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk menyediakan sos.

Ads

 

BAHAN SOS:

  • Lebihan mentega yang digunakan untuk menggoreng bebola daging.
  • 2 cawan stok ayam / air rebusan ayam
  • 2 cawan whipping krim
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1/2- 1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit untuk memekatkan sos.
  • Garam dan gula jika perlu- tambahan kalau kurang rasa.

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan kecuali whipping creamdan bancuhan tepung kentang.
  2. Didihkan danapabila rasa dah cukup, masukkan whipping cream. Didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sedikit demi sedikit namun jangan terlalu pekat.
  3. Hidangkan sos bersama bebola daging, lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan ‘mix fruits’

Resipi Meatball Homemade & Sos Swedish Yang Sedap.

 

Kredit resipi & foto: Gee Salleh ( http://www.taukehpemanggangajaib.com/resepi-homemade-meatball-ala-ikea-atau-lagi-sedap-dari-ikea/)

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI