Resipi Mee Goreng Daging Basah Laku Keras, Sedap Ya Amat!

Share

Sedapnya Mee Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mee ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mee goreng daging simple perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni? Jom semak resipi di bawah.

 

CARA MASAK MEE GORENG DAGING SEDAP & MUDAH MASAK

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk hingga wangi.

2.Masukkan cili kisar. Masak hingga garing dan masukkan daging.

3.Tambahkan sedikit air dan biarkan daging empuk.

4.Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub pati daging, gula dan sedikit sahaja garam. Biarkan mereneh sebentar.

5.Seterusnya masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, diikuti hirisan lobak merah dan juga sawi.

6.Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos.

7.Gaul rata dan masak hingga mee menjadi lembut.

8. Mee Goreng Daging siap dimasak dan bolehlah dihidang dengan taburan bawang goreng dan daun sup.

 

 

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Nur