Sedapnya bila menikmati semangkuk Mee Suppanas-panas. Bila waktu begini, menu simple sahaja sudah cukup untuk mengenyangkan perut. Andai ibu-ibu baru pulang dari pejabat, lagilah kalua boleh nak elak masak menu yang susah. Sebab sudah penat seharian.
Menu Mee Sup begini digemari ramai tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jika tak gemar mee, boleh digantikan dengan bihun, kuetiau, pasta malah kalau nak makan dengan nasi pun boleh.
Andai tak habis dan ada lebihan, boleh simpan dan panaskan kembali untuk sarapan. Jimat masa dan wang kan?
Jom cuba resipi perkongsian saudari Zur Ain Salim. Pasti anda sekeluarga juga sukakan rasanya.
Nak makan malam yang ringkas, idea ini bagus korang cuba, terutama mak-mak yang sibuk tapi anak-anak yang asyik lapar cuti sekolah ni. Jadi apa kata masak je menu ala carte, satu menu, senang masak dan mengenyangkan. Gerenti anak-anak dan encik suami suka.
SPAGETI BALOGNES TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
300gm spageti | rebus dan toskan
20 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
3 sudu makan minyak zaitun
100gm daging kisar
1 biji buah tomato | dadu halus
150gm sos balognes segera
1 sudu besar pes cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oregano
Garam dan gula secukup rasa
5 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan pes cili dan terus kacau.
Setelah pecah minyak masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
Masukkan sos balognes, sos cili dan sos tomato, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kemudian masukkan tomato yang telah didadu halus, serbuk lada hitama dan oregano.
Akhir sekali masukkan telur puyuh.
Kacau seketika dan tutup api.
Spageti sedia dihidangkan bersama sos balognes telur puyuh.
PAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian tokan
1 batang fish cake | hiris memanjang
100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
2 biji telur
50gm tauge
50gm daun kucai
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 ulas bawang merah | cincang halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
Seterusnya masukkan pula fish cake dan udang.
Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.
SPAGETI GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti | rebus dan tos
2 biji telur
100gm udang | buang kulit dan kepala
1 batang fish cake | hiris
4 biji tauhu kering | hiris
100gm sawi hijau | hiris 3cm
2 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
3 ulas bawang putih | titik
1/2 biji bawang besar | dadu halus
3 biji cili padi | titik
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan pula udang.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos ikan.
Kacau seketika, masukkan pula spageti, terus kacau.
Pecahkan telur di dalamnya dan masukkan sawi. tauhu dan cili yang telah dititik tadi.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
NASI GORENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN DAGING:
150gm daging kambing | potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing.
Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
PENNE AGLIO OLIO & AYAM GORENG SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta Penne | rebus dan tos
100gm cendawan butang perang | hiris
100gm daging kisar
4 biji cili padi | hiris
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu kecil
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu minyak zaitun
BAHAN AYAM GORENG:
1 keping dada ayam | kelar-kelar, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk cili
Sedikit garam
1 biji telur | pecah dan kacau
1 cawan tepung goreng segera
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
1 cawan air stok ayam
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kucap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam dan gula
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Mulakan dengan menyedikan Penne Aglio Olio, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan cili hingga keperangan.
Masukkan daging kisar dan hirisan cendawan dan cili benggala.
Kemudian masukkan pasta penne, gaul rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat taburkan di di dalamnya serbuk oregano dan lada hitam.
Gaul rata dan tutup api.
Sementara itu sediakn goreng, gaulkan ayam dengan garam, serbuk lada sulah, kicap cair dan serbuk perasa ayam. Perapkan lebih kurang lima minit.
Panaskan minyak dalam kuali, masa yang sama celupkan ayam dalam telur kemudian gaulkan dengan tepung segera.
Gorengkan ayam hingga kuning keperangan. Angkat dan ketepikan.
Akhir sekali sediakan Sos Lada hitam. Panaskan mentega dalam periuk,
Tumiskan bawang putih, hingga kekuningan, masukkan sos lada hitam, kicap pekat dan sos tiram, kacau rata.
Seterusnya masukkan air stok ayam yang dibancuh dengan sedikut tepung jagung.
Kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
Kecilkan api, kemudian perasakan sos dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Untuk menghidang, asukkan pasta penne dalam pinggan bersama ayam goreng yang telah dipotong-potong. Kemudian tuangkan sos lada hitam di atas ayam goreng,
Biasanya bila nak goreng bihun, esok pagi nak masak, malam ini kita rendam supaya bihun lembut. Ada juga yang tak rendam lebih awal namun rendam menggunakan air panas dan terus goreng.
Tapi bila tak kena cara masak, bihun yang digoreng boleh hancur. Kalau jadi begini memang spoil, terutama jika masak dalam kuantiti banyak.
Sekiranya memilih menggoreng bihun tanpa rendam ada cara yang perlu diikuti, barulah hasil bihun elok dan tak hancur malah jadi lebih sedap. Bagi yang belum tahu caranya boleh jadikan perkongsian dari Wan Muhammad Hafiz Satar sebagai panduan.
Tip goreng bihun tanpa rendam, rasa lebih sedap
Ada yang tanya macam mana nak bagi bihun tak hancur waktu goreng. Biasanya yang hancur silapnya sebelum goreng kita rendam dulu bihun dengan air panas yang berasap kemudian biarkan lama terendam.
Nak guna air panas boleh, tapi pastikan bila bihun dah lembut toskan, jangan biarkan bihun lama terendam kalau tak hancurlah nanti.
Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun kita cantik waktu menggoreng adalah jenama yang kita guna. Saya suka brand yang menggunakan beras Siam, bihun jenis ini senang nak handle.
Dua cara masak bihun
1. Cara rendam dulu – bihun direndam dulu semalaman dengan air tapis untuk masak pagi. Bila bihun yang direndam dah lembut barulah mula menggoreng.
2. Cara ekspres tanpa rendam – caranya seperti di bawah;
Siapkan bahan tumisan dulu. Tumis bawang, cili sampai pecah minyak dan cantik kemudian masukkan lauk, perasakan dengan gula & garam.
Kemudian tambah air panas dalam pes yang kita tumis. Biar mengelegak barulah masukkan bihun yang keras. Sebelum lebur bihun dalam kuali, pastikan bihun dibasuh dulu. Jika tidak, bihun akan berbau beras bila siap masak.
Kacau hingga bihun yang keras jadi lembut dan cantik baru masukkan sayur akhir sekali. Goreng sampai sayur masak dan mesra dengan bihun.
Kaedah ini bihun jadi lebih sedap sebab waktu menggoreng bihun yang keras akan serap air tumisan untuk jadi lembut. Jadi bihun ini bila dimakan kita akan terasa rencahnya. Lagi terangkat sedapnya.
Resipi kuetiau goreng basah seafood ini sesuai untuk hidangan sarapan atau pun makan malam kerana cukup mudah. Sebelum pergi kerja atau pulang dari kerja pun tiada masalah untuk menyediakannya jika bahan sudah tersedia. Paling penting hidangan ini cukup khasiatnya, lengkap dengan sayuran sekali.
Resipi Kuetiau Basah Seafood Sedap
Bahan-bahan
½ kg kuetiaw
3 ulas bawang putih -diketuk
2 sudu besar cili kisar
3 biji telur
Segenggam taugeh
Kucai
Udang
Sotong
1 biji tomato – dibelah
1 batang cili merah -dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar aos tomato
Sos cili 2 sudu besar
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
Garam
Gula
1 sk serbuk perasa
Sedikit air
1. Panaskan minyak masak, gorengkan telur serta hancurkan telur dalam kuali. Angkatdan ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, sotong dan masak seketika. Apabila sotong, udang masak masukkan kicap, dan semua jenis sos. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan tauge, kucai, kuetiau, tomato, cili merah dan telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!