Resipi Mee Wantan Kicap Sedap & Sup Bebola. Senang Je Cara Buatnya

Share

Sedapnya Mee Wantan Kicap ni. Ia merupakan salah satu hidangan mi ringkas yang membangkitkan selera dan menjadi kegemaran ramai. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas namun rasanya sangat memukau. Dihidangkan pula bersama hirisan ayam, wantan goreng dan sup. Fuhhh….Memang sangat sempurna dan mengenyangkan. Nak cuba? Saudari Lely Shuhada Shaari ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK MEE WANTAN KICAP & SUP SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Mi wantan beli online disini
Sayur Pak Choi secukupnya – celur

BAHAN WANTAN GORENG:
1 bungkus kulit wantan beli online disini
Isi ayam secukupnya – cincang / kisar hancur
Lada sulah secukupnya beli online disini
Serbuk lada hitam secukup rasa beli online disini


Garam & gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang

BAHAN AYAM:
5-6 ketul ayam
1 liter air @ secukupnya
2 inci halia
Garam secukup rasa
Kicap lemak manis secukup rasa beli online disini
Sos tiram secukup rasa beli online disini
Sos cili secukup rasa beli online disini

BAHAN SUP:
Air rebusan ayam
Bebola ikan / bebola ayam/ bebola sotong secukupnya
1-2 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
SedikIt halba campur beli online disini
Garam secukup rasa

BAHAN KICAP MEE:
2-3 sudu makan kicap manis beli online disini
2-3 sudu makan kicap pekat (jika tiada, boleh ganti dengan sos tiram) beli online disini
Sos cili secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam / lada sulah

 

CARA MEMASAK:

MEE WANTAN:
1. Leraikan mi kemudian celur dalam air panas selama 3 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.

WANTAN GORENG:
1.Satukan semua bahan-bahan untuk membuat inti wantan. Gaul semua bahan diatas sampai sebati.
2. Ambil kulit wantan, masukkan inti dengan secukupnya dan bunjutkan.


3. Panaskan minyak masak, goreng wantan tadi hingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya.

AYAM:
1.Panaskan air didalam periuk dan masukkan halia.
2. Lumurkan ayam dengan garam secukupnya. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan tadi. Biar merebus hingga ayam masak.
3. Bila ayam kelihatan empuk, angkat dan toskan.


4. Gaulkan ayam bersama kicap, sos tiram serta sos cili dengans ecukupnya. Jumlahnya agak-agak sahaja dan secukup rasa.
5. Panaskan minyak masak dan goreng ayam tadi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

SUP:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah. Bawang putih dan sedikit halba campur hingga naik bau.
2. Tuang air rebusan ayam. Sebatikan.
3. Rasa sup. Jika kurang rasa, tambahkan garam dengan secukupnya.
4. Masukkan semua bebola yang ada. Kacau dan biarkan sup mereneh. Angkat dan ketepikan.

KICAP MEE:
1.Satukan semua kuah kicap dan sebatikan. Didihkan seketika dan angkat.

CARA MENGHIDANG:
1.Masukkan mee wantan, sup bebola dan kicap mee secukupnya ke dalam mangkuk.
2. Letakkan ayam, wantan goreng dan pak choi celur.
3. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Lely Shuhada Shaari

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur