Bagi penggemar puding dan coklat, resipi Puding Biskut Marie perkongsian saudari Nurul Haziqah ni antara yang boleh dicuba. Rasa sedap malah bahan-bahan sangat ringkas serta cara pembuatannya juga mudah. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
- Biskut marie perisa original
- 10gm serbuk agar-agar ( empunya resipi guna cap bunga raya)
- 2 1/2 cawan air
- 1 cawan susu segar @ susu cair
- 1/2 cawan susu pekat manis – kalau tak nak manis, guna 1/4 cawan
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1 biji telur
- 120gm mentega – boleh juga guna marjerin
- 3 sudu makan serbuk koko
- 12 sudu makan milo
- 1/2 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu segar, susu pekat manis, telur dan tepung kastard. Pukul atau kisar hingga sebati.
2. Dalam bekas berlainan, bancuh serbuk koko dan milo bersama dengan 1/2 cawan air panas. Kacau sebati.
3. Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air hingga larut. Tapis. 4. Masukkan semula adunan agar-agar tadi ke dalam periuk bersama mentega. Kacau hingga mentega cair. 5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi diikuti bancuhan milo. Masak menggunakan api kecil hingga pekat dan adunan kelihatan meletup-letup. Padamkan api. 6. Untuk melapis puding, oles loyang dengan sedikit minyak dan lapik menggunakan plastik. 7. Tuang sedikit adunan ke dalam loyang. Ratakan dan nipiskan. 8. Susun biskut marie diatas adunan tadi. Kemudian tuang adunan puding sekali lagi.
9. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan puding.
10. Sejukkan puding serta biarkan mengeras sebelum dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Haziqah @ #nuhazkitchen