Membuat roti gebu memang impian kita apabila membuat roti. RASA berikan resipi mudah untuk anda buat sendiri roti gebu di rumah. Roti begini sedap dimakan begitu sahaja. Kalau tak pun cecah dengan kari. Kalau nak cepat, sapu je dengan mentega atau marjerin. Sedap sesangat.
Bahan-Bahan
• 250 gram tepung high protein
• 250 gram tepung gandum
• 80 gram majerin
• 80 gram gula
• 6 gram yis
• 2 gram garam
• 2 gram pelembut roti (Ikut sukatan untuk 500 gram tepung)
• 2 sudu besar susu pekat
• 250 gram air (tambah atau kurangkan sukatan ikut keperluan doh)
Cara membuat
1. Satukan semua bahan di atas dan uli sampai doh betul-betul elastik dan licin.
2. Kemudian bahagi-bahagi doh, rounding dan bentukkan.
3. Biarkan doh kembang.
4. Dah kembang bakar pada suhu 200°C selama 20 minit.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Amida Ida dari Telegram KakiMakan