Biasanya kalam makan telur masin bila menikmati nasi kerabu. Sebenarnya telur masin juga sedap dibuat gulai atau pais Rasanya lemak-lemak masin sungguh enak. Kalau ada stok telur masin di rumah bolehlah buat lauk ini.
ASAM PEDAS TELUR MASIN BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
½ inci halia |kisar
½ inci kunyit hidup |kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
2. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.
IKLAN
PAIS TELUR MASIN BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur ayam
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Sediakan daun pisang.
2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam dan tuang ke atas telur masin tadi.
4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Mi Kuning Homemade buat sendiri kat rumah lebih bersih dan berkualiti. Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.
RESIPI MI KUNING
BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1 biji telur saiz ‘C’
Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
Didihkan air dan masak mi cara ‘al dente‘.
*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.
Ayam yang diperap lama rasa perapannya lebih meresap. Apatah lagi kalau dibakar dua kali. Lagi bertambah sedap.
DOUBLE GLAZE BBQ CHICKEN
Bahan Perapan Ayam
• 10 keping ayam
• Garam
• 1 sudu besar jintan manis kisar
• 1 sudu besar jintan putih kisar
• Lada hitam kisar
• Serbuk paprika
Bahan Sos Glaze Ayam
• Kicap soya cair
• Tomato sos
• Madu
• Lada hitam kasar
• Serbuk paprika / cili
• Kiub ayam
• Garam jika perlu
• 2 sudu besar minyak masak
Cara membuat
1. Perap ayam menggunakan Bahan Perapan. Bakar 180°C selama 25 minit.
2. Satukan semua Bahan Sos Glaze dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Keluarkan ayam dari oven. Sapu sos glaze. Bakar lagi sekali sebentar.
4. Keluarkan ayam sekali lagi. Sapu lagi baki sos glaze. Bakar sekali lagi sehingga sos agak pekat.
5. Keluarkan dan sedia dihidang.
Boleh diratah macam tu je ataupun dijadikan lauk bersama nasi.
Kerabu Pucuk Paku merupakan salah satu resepi kerabu yang sangat popular. Pucuk paku yang mudah dan berkhasiat seperti zat besi dan vitamin A.
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
BAHAN PERASA:
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.