Resipi Mi Celup Ala Thai Yang Pedas & Sedap. Berpeluh Makan!

Share

Kebiasaannya, daging lembu atau perut lembu diletakkan dalam mi celup. Tetapi, resipi yang dikongsi oleh saudari Iza Abu Bakar ini menggunakan daging ayam. Jom kita intai resipi ini. Nampak sedap, pedas dan menyelerakan.

MI CELUP ALA THAI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1/2 inci halia | dihiris halus
  • Akar ketumbar | ditumbuk
  • 1 sudu besar lada hitam | ditumbuk
  • Ayam
  • Gula melaka
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Mee kuning | dicelur
  • Taugeh secukupnya
  • Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
  • Kangkung | boleh juga letak sawi
  • Daun ketumbar | dihiris
  • Chili flakes
  • Limau nipis | diperah jusnya sebagai penambah rasa

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi serta halia sehingga garing dan berbau wangi.
  2. Masukkan ayam. Biarkan seketika baru masukkan air. Tunggu sehingga mendidih dan mereneh.
  3. Masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih.
  5. Keluarkan isi ayam dan carik-carik halus.
  6. Untuk hidangan mi celup, ini caranya. Mula-mula, ambil mi yang telah dicelur dan letak ke dalam mangkuk.
  7. Kemudian, letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik-carik sebentar tadi.
  8. Siramkan kuah di atas bahan di dalam mangkuk tadi dan taburkan cili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
  9. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap.

Selamat mencuba.

 

Kredit resipi & foto: Iza Abu Bakar

 

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma