Resipi Mi Champa Pedas Yang Sedap Melekat. Sure Berpeluh!

Share

Nikmatnya jika dapat makan makanan bersup yang panas-panas, lebih-lebih lagi ketika hujan. Mi Champa merupakan antara resipi mi berkuah yang wajib anda cuba masak sendiri di rumah. Rasa sendiri, anda pasti akan jatuh cinta. Jom kami kongsikan resipi Mi Champa oleh Puan Tahrunnisah Jali.

RESIPI MI CHAMPA

 

BAHAN KUAH:

  • 1 1/2 – 2 kg daging lembu serta tulang untuk dibuat bone broth
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* – dipotong 4
  • 3 biji bawang besar* – dipotong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* – dihiris nipis
  • Seekor sotong kering sebesar tapak tangan
  • Daun ketumbar seikat
  • Daun bawang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga lawang*
  • 1/2 cawan sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebus daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam. Kemudian, buang air rebusan daging serta kotoran. Kemudian, masukkan air, tulang, daging dan rebus kembali dalam 30 minit. Jika air rebusan masih berbuih-buih atau keruh, buang lagi airnya. Masukkan lagi air baru dalam 3 liter dan rebus sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 hingga 6 jam.

 

2. Sementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, kayu manis, bunga cengkih dan sotong kering.

 

3. Kemudian, masukkan rebusan tulang ke dalam bahan-bahan yang sudah dibakar tadi.

4. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan.

 

 

BAHAN SAMBAL LADA:

  • 4 biji cili besar merah*
  • 20 – 30 biji cili api*
  • 2 sudu besar cuka
  • Sedikit garam

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebus bahan-bahan bertanda * sehingga layu.

2. Kemudian, toskan dan kisar bahan-bahan tadi bersama cuka dan garam sehingga hancur.

3. Siap.

 

 

BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:

  • 3 labu bawang putih
  • 1 cawan minyak jagung

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Potong halus bawang putih.

2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang telah dipotong halus.

3. Goreng sehingga kekuningan.

4. Siap.

BAHAN TAMBAHAN:

  • Kuey teow, mihun, mi champa
  • Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • Limau nipis
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Lobak asin yang dipotong halus
  • Sambal lada
  • Taugeh
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah atau lada hitam
  • Gula (tambahan jika anda suka manis)
  • Sos ikan jika perlu

 

 

INFO TAMBAHAN:

  • Sewaktu nak ambil kuah untuk dituang ke dalam mangkuk mi, pastikan anda tapis menggunakan penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tidak masuk ke dalam mangkuk mi tersebut.
  • Sebelum makan, anda boleh letak kicap, perah limau, sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam atau lada sulah, sos ikan jika suka dan juga gula kalau anda suka manis. Bahan tambahan adalah penyedap mi sup anda.

 

Kredit resipi & foto: Tahrunnisah Jali

 

Anda mencari PRESSURE COOKER ELEKTRIK, boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma