Teringin nak makan Mi Daging Vietnam tapi tak berani nak makan di restoran sebab status halalnya? Usah risau sebab RASA kongsikan resipi yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Memang sedap, berbaloi dan pasti dapat makan dengan puas.

MI DAGING VIETNAM

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm Banh Pho/ bihun  vietnam | rendam, rebus dan tos
  • 500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
  • 500gm tulang | cuci bersih dan tos
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN REMPAH RATUS:

  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN ISIAN:

Ads
  • Daun sup secukupnya
  • Tauge secukupnya
  • Limau nipis atau lemon | ikut suka
  • Sambal kicap / hirisan cili
  • Bawang goreng | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang. Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
  2. Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
  3. Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  4. Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
  5. Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya. Jika dah cukup rasa, padamkan api.
  6. Sementara itu panaskan air dalam periuk. Celur mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
  7. Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
  8. Nikmati bersama sambal kicap atau cili potong.

 

Ads

INFO CHEF: Jika sukar mendapatkan bihun Vietnam, boleh sahaja menggunakan bihun biasa atau aneka mi kering yang ada dijual di pasaran.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI