
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi anda yang gemar pelbagaikan sajian, mi adalah antara pilihan bagi menggantikan nasi. Senang disediakan malah boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng daging yang ‘simple’ tapi sedap giler? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
MI GORENG DAGING POWER
BAHAN-BAHAN:
- 300gm mi kuning
- 200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
- 100gm brokoli | potong kecil
- 2 biji telur
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan stok daging/air
- 5 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 4cm halia muda | hiris halus/nipis
- 1 sudu makan cili kisar
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
- Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
- Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
- Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Sajian Enak Vietnam Yang Buat Anda Terkenang-Kenang. Boleh Cuba Masak Secara Homemade.

Teringin masakan Vietnam? Anda tidak perlulah ke restoran yang menyajikan masakan Vietnam atau sehingga berpeluang ke negara. Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah dan boleh sesuaikan dengan cita rasa keluarga anda. Berikut, Rasa kongsikan beberapa resipi yang boleh anda cuba buat di rumah.
1. AYAM SERAI VIETNAM

BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
- 4 batang serai | titik atau hiris halus
- 10 biji cili padi | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan tepung jagung
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
- 4 sudu makan kicap ikan
- 2 sudu makan minyak bijan
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
- Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
- Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
- Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain ayam anda juga boleh gunakan udang atau sotong.
2. TUMIS BAWANG PUTIH KEPAH (NGHEU XAN TAI NHA)

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kepah |cuci bersih dan tos
- 5 ulas bawang putih | titik
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 3 sudu makan sos tiram
- 8 biji cili padi | hiris
- 3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
- Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
- Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
- Kepah sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tukar daun bawang dengan batang leeks.
3. MI DAGING VIETNAM

BAHAN-BAHAN:
- 500 gm Banh Pho/ bihun vietnam | rendam, rebus dan tos
- 500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
- 500gm tulang | cuci bersih dan tos
- 3cm halia muda | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
- 4 ulasa bawang putih | titik
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan sos ikan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN REMPAH RATUS:
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
- Daun sup secukupnya
- Tauge secukupnya
- Limau nipis atau lemon | ikut suka
- Sambal kicap / hirisan cili
- Bawang goreng | jika suka
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang.
- Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
- Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
- Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
- Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah secukup rasa . tutup api.
- Sementara itu panaskan air dalam periuk, celur mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
- Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
- Hidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.
INFO CHEF: Untuk mendapat air rebusan yang bersih, anda panaskan air, kemudian masukkan tulang dan daging. Celur seketika keduanya lebih kurang dua minit. Tutup api buangkan air rebusan dan bersihkan daging dan tulang tadi. Kemudian baru rebus semula.
4. ASAM LAKSA VIETNAM:

BAHAN-BAHAN:
- 400gm mi telur | celur hingga lembut dan tos
- 250gm daging | rebus dan hiris nipis
- 250gm udang | buang kepala dan kulit kemudian rebus dan tos
- 1500ml air rebusan daging
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 4 ulas bawang putih | titik
- 3cm lengkuas | ketuk
- 6 helai daun limau purut | carik-carik
- 2 sudu makan kicap ikan
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIASAN:
- Daun ketumbar | hiris
- Daun bawang | hiris
- 4 biji telur rebus | belah dua
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan daun limau purut hingga wangi.
- Tambahkan daging dan udang sambil kacau hingga berubah warna.
- Tuang air. Masukkan kecap ikan, kecap manis, jus limau nipis, gula, dan garam.
- Setelah cukup rasa dan masak. Tutup api dan masukkan daun bawang.
- Masukkan mi telur dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah dan hias di atasnya dengan bahan hirisan dan telur rebus.
- Sedia dihidangkan.
Kuetiau Homemade Guna 2 Jenis Tepung Dan Kukus

Peminat kuetiau kena cuba buat sendiri kuetiau. Tak susah pun buatnya.
Cuma bancuh dua jenis tepung kemudian dikukus.Selain beli,sebenarnya boleh
buat sendiri saja kuetiau ni.Bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan
tepung ubi saja.Selepas ni tak payah beli, buat je sendiri.
Dah tahu buat sendiri senang nak masak char kuetiau, ladna, kungfu
atau goreng mamak style ke, semua boleh. Dikongsikan cara membuatnya.
KUETIAU HOMEMADE
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung beras
Sedikit minyak sayuran
1 1/2 cawan air
Loyang untuk mengukus
CARA MEMBUAT
1. Sediakan alat kukus, saya guna kuali saja.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau sehingga rata,
jangan sampai bergentel.
3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang
dipenuhi adunan batter dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk
lauk pun boleh).
5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6. Biarkan sejuk kejap kemudian griskan permukaan kuetiau dengan
minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan
(ulangi proses ini hingga adunan selesai).
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut
saiz yang diingini.
8. Siap.
TIP: :
Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau
supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air
sedikit untuk lebih nipis.
Mudahkan! Selamat mencuba.
Kredit : Fiza Mh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Spageti Aglio Olio Rasa Melayu Yang Sempoi, 15 Minit Siap !

Teringin nak makan spageti tapi nak ikut tekak Melayu. Nah, ini dikongsikan resipi yang admin buat sendiri tau. Mudah sangat ye, boleh cuba tak sampai 15 minit siap dan tak perlu nak macam-macam bahan. Guna je sayur mayor yang ada dalam peti sejuk, tumis dan kacau gaul dah siap…
Nyam-nyam sedap boleh jadi hidangan sarapann esok ye.
SPAGETI AGLIO OLIO ALA MELAYU
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket spageti | rebus dan tos
- 1 keping dada ayam | hiris kecil
- 6 biji cendawan shitake | hiris
- 4 batang kacang panjang | hiris halus
- 1 biji tomato | potong dadu
- 1 biji bawang Holland | potong dadu halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 10 biji cili padi | hiris halus
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk oregano | jika suka
- Garam, gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK STEP BY STEP:

Step1: Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan cili hingga wangi.

Step 2: Masukkan hirisan cendawan dan kacang panjang, kacau rata.

Step 3: Seterusnya masukkan spageti, kacau rata dan masukkan pula tomato.

Step 4: Perasakan dengan garam, gula dan serbuk pati ayam, kacau lagi.

Step 5: Tambahkan pula dengan serbuk lada hitam dan serbuk oregano.

Step 6: Kacau rata. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

