Resipi Mi Goreng Daging Cara Kampung Paling Mudah & Sedap.

Share

Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi anda yang gemar pelbagaikan sajian, mi adalah antara pilihan bagi menggantikan nasi. Senang disediakan malah boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng daging

yang ‘simple’ tapi sedap giler? Resipi di bawah ni memang kena cuba.

 

MI  GORENG DAGING POWER

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm mi kuning
  • 200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
  • 100gm brokoli | potong kecil
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan stok daging/air
  • 5 ulas bawang putih | tumbuk halus
  • 4cm halia muda | hiris halus/nipis
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
  3. Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air.  Didihkan seketika.
  4. Masukkan mi kuning  dan brokoli.  Masak hingga lembut.
  5. Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
  6. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.

Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.

 

 

Published by
Nur