Resipi Mi Goreng Daging Cara Kampung Yang Sedap & Mudah.

Share

Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng

simple tapi sedap ni? Resipi di bawah ni memang kena cuba.

 

CARA MASAK MI GORENG DAGING CARA KAMPUNG

YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm mi kuning
  • 200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
  • 100gm brokoli | potong kecil
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan stok daging/air
  • 5 ulas bawang putih | tumbuk halus
  • 4cm halia muda | hiris halus/nipis
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
  3. Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
  4. Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
  5. Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
  6. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.

Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.

Published by
Nur