Hidangan mi memang menjadi kesukaan ramai. Ada yang suka mi berkuah dan ada yang suka digoreng. Hari ni untuk minum petang teringin pula mi goreng daging yang dah lama tak buat. Stok daging pun masih ada. Air daging yang direneh melazatkan lagi mi goreng ini nanti.

Mi GORENG DAGING

Resipi Mi Goreng Daging Terlajak Sedap

Bahan-bahan:

1 bungkus mi kuning

2 sudu besar cili kisar

1/2 labu bawang besar

Ads

3 ulas bawang putih

200 gm daging- hiris nipis

1 inci halia – dihiris halus

1 pokok sawi

1/2 batang lobak merah- potong jejari

2 sudu besar sos tiram-beli online di sini

3 sudu besar sos cili-beli online di sini

3 sudu besar kicap pekat

1 kuib daging

1 sudu besar serbuk lada hitam-beli online di sini 

1/2 cawan air

Ads

Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang besar yang ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub daging, gula dan sedikit saja garam. Biarkan mereneh sebentar.
  4. Masukkan mi yang sudah dibasuh dan ditos, lobak merah dan sawi.
  5. Masukkan 1/2 cawan air supaya mi lembut dan mesra dengan sos. Gaul rata dan masak hingga nampak mi lembut.
  6. Siap boleh dihidang dengan taburan bawang goreng dan taburan daun sup.

Kredit: Rosmaliza omar

Resipi Mi Goreng Daging Terlajak Sedap

Klik di sini

Sedapnya Roti Goreng Lemak Manis. Menu Sarapan Terlajak Mudah

Ads

Resipi Pai Ayam Terlajak Mudah & Sedap. Kalau Jual, Pasti Laris

Petua Jeruk Mangga Krup Krap Tak Cukup Sebalang

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI