Resipi mi hailam ini memang sedap. Sebenarnya boleh guna bihun atau mi kuning tapi dalam resipi ini, dua-dua digunakan. Apa pun terpulang pada selera lah ye.
Boleh tengok resipi yang dikongsikan oleh Wan LuQmanini ye.
Goreng mi bersama dengan sedikit kicap karamel. Kalau tak ada kicap karamel, ganti dengan kicap pekat atau kicap manis pun boleh.
Goreng-goreng sekejap je, guna api kuat sebab nak aroma hangit.
Sama juga macam bihun. Bihun ni kalau boleh celur separa lembut ye, jangan sampai lembut sangat.
Untuk memasak kuah; Tumis bawang putih sampai garing, lepas tu masukkan rencah pilihan. Untuk resipi ini, digunakan daging, mi hailam sedap kalau letak daging.
Masukkan air, ini kuah untuk 2 orang makan lebih kurang 500ml. Kalau korang nak buat untuk 1 orang atau lebih, boleh adjust ye.
Ads
Masukkan bancuhan kicap.
Tambah sedikit stok ayam, garam, gula.Last sekali, masukkan sayur pilihan, cili padi, cili merah.
Sedapnya kalau dapat makan Kuetiau Goreng panas-panas. Namun ramai yang ‘gerun’ untuk masak kuetiau goreng kerana hasilnya terlalu lembik dan hancur. Jangan susah hati kerana resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni antara yang mudah boleh dicuba. Malah hasilnya nampak sempurna. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI KUETIAU GORENG RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kuetiau mentah
2 biji telur ayam gred B
1/2 mangkuk kecil taugeh
3-4 pohon daun kucai – hiris
5 biji cili padi hijau – tumbuk kasar
5 ulas bawang putih – tumbuk kasar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
Sedikit kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancur macam ni. ( empunya resipi suka hancurkan telur diawal berbanding letak diakhir sebab ia lagi sedap dan tak melekat.)
2. Bila telur nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.
3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati.
4. Tambahkan garam sedikit sahaja untuk melengkapkan rasa. Boleh juga letakkan gula jika suka. Selalu kalau goreng mi atau kuetiau, kena letak sedikit supaya rasa jadi seimbang dan sedap. ( Ini tip masa empunya resipi belajar dekat kedai siam.)
5. Masukkan kuetiau yang telah direndam seketika, dibasuh, dibilas dan ditoskan.
6. Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.
7. Siap. Sedia untuk dinikmati.
8. Jika suka rasa masam, boleh perah jus limau nipis sebelum dinikmati.
Hari tu Min berkunjung ke Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Hebat sungguh menu yang ditampilkan oleh Chef Nadzirah Abdul Razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau.
Dari kiri : Faribusz Anak Kandau, Wan Noraini Suhada Mohamad, Mohd Aizat Sha’rani dam Nadzirah Abdul Razak
Min dengan juru foto Nurul Akma ke sana merakamkan 6 menu antarabangsa untuk isu tahun baru Januari 2019. Kempat pensyarah ni masih muda tau. Masing-masing berusia dari 24 hingga 28 tahun belum pun cecah usia 30 tahun. Tapi resipi yang dikongsi ..fuhh sedap sungguh “Awesome “ lah bakat mereka.
Di tengah tu dari kiri tu Min dan jurufoto Nuru Akma ,hidu aromanya
Nah, min kongsikan 2 reseipi dari sajian Jerman dan England (Britain), nak resipi yang lain kena tunggu majalah RASA isu Januari ya. Semak betul-betul panjang sungguh senarai bahannya. Masyarakat di sana biasanya menjamu makanan ini semasa perayaan Krismas atau Majlis Hari Kesyukuran penganut Kristian, terutamanya sajian Beef Wellington tu .
ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS
Sedap dimakan dengan Au sos
BAHAN-BAHAN :
150gm daging batang pinang
50gm cendawan tiram
50gm cendawan butang
50gm cendawan portabelo
50ml minyak zaitun
3 gm daun thyme | dicincang halus
6 keping ayam salami
Garam secukup rasa
Bahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :
200gm tulang lembu
30gm puri tomato
30gm mentega
30gm tepung gandum
25gm lobak merah | dihiris
15gm saderi | dihiris
50gm bawang holland | dihiris
2gm daun rosemary | dicincang halus
5gm daun parsli | dicincang halus
2gm daun salam | dicincang halus
1 liter air
Bahan Puff pastry:
400gm tepung gandum
50gm mentega
220ml air sejuk
300gm pastri majerin
*atau puff pastry siap ada dijual pasar raya
CARA MEMASAK :
1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan
2..Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak.
3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.
4. Kemudian dalam satu dulang letakkan pula tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu.Tuang tomato puri diatas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.
5. Dalam satu mangkuk lain campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh. Uli dan canai rata doh puff pastri serta lipatkan menjadi segi empat. Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’.
6. Ulangi proses sehingga 10 kali lipatan. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat.
7. Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.
8.. Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang. Ketepikan untuk dihidangkan bersama beef wellington .
9. Ambil puff pastry canai rata dan kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama.
10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.
11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan gulung menutupi daging tadi.
12. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.Bakar sehingga 30 minit.Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan:1-2 0rang
Waktu memasak: 2 jam
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Puff pastry daging (sajian England)
Keistimewaan: Pasti dengan inti daging berjus dan ayam salami memang lazat dengan pastri yang lembut dan rapuh. Sedap dimakan bersama Au jus (sos dari rebusan tulang lembu)
Info Chef : Masakan istimewa disajikan pada perayaan hari kesyukuran dan Krismas oleh penganut Kristian.
GERMAN SPAETZLE SAUBIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
240gm tepung gandum
1biji telur
5gm serbuk lada hitam
5gm serbuk cili
5gm garam
5gm mentega
Bahan ditumis :
200gm kepingan ayam ham | dipotong halus
50gm daun parsli | dicincang halus
35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil
30gm bawang holland | dicincang halus
20gm bawang putih | dicincang halus
15ml minyak zaitun
3gm serbuk cili
2gm daun rosemary |dicincang halus
2gm thyme | dicincang halus
Garam secukup rasa
60ml susu segar
Keju parmesan secukupnya sebagai hiasan dan melazatkan rasa
CARA MEMASAK :
1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzle (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Anggaran kos: RM 20
Info Chef : Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my
Maggi goreng merupakan antara menu kegemaran ramai kalau pergi ke kedai mamak. Kalau rindu nak makan maggi goreng mamak, tak perlu ke kedai dah. Boleh je buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Nana Sabrina Sarsan. Mudah sahaja cara nak membuatnya. Jom kita cuba lihat resipi perkongsian beliau.
MAGGI GORENG
BAHAN-BAHAN:
3 bungkus maggi | rebus separuh dan toskan air
1 biji bawang merah | saiz besar, potong kasar – beli online DISINI
Lobak merah | potong memanjang – beli online DISINI