Resipi Mi Jawa Dengan Ramuan Kuah Yang Enak Memang Tidak Cukup Sepinggan

Share

Stok mi ada dibeli  ni. Dah bosan rasanya dengan menu biasa iaitu mi goreng. Tekak terasa nak menikmati hidangan berkuah pula. Bolehlah cuba buat mi jawa ikut resipi yang dikongsi ini.

MI JAWA
Bahan untuk kuah:
1/2 kg keledek – direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 batang serai*


Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:
1.Panaskan minyak ke dalam periuk.
2.Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
3.Masukkan cili kisar ,serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
4.Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
5.Masukkan garam dan gula secukupnya.
6.Sedia dihidang.

Bahan-bahan yang lain:
1 kg mi kuning – dicelur
1/2 kg daging yang telah direbus dan dihiris


1 bungkus fishcake – dicelur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh – dicelur
3 keping tauhu – dihiris nipis

Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah – dihiris
Telur rebus

Kredit : Maz Samad

INGIN MENUKAR KUALI BARU , BOLEH DAPATKAN DI SINI.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri Adila Saari