Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mi KariChinese Style perkongsian Cik Puan Julieta ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini memang padu. Nampak gambar pun dah dapat agak rasanyanya yang sedap. Patutlah menu ni jadi kegemaran anak-anak beliau. Jom cuba. Anda pun pasti sukakan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng serai sebentar. 2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi dan keperangan. 3. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak. 4. Masukkan ayam dan kacau sebati hingga ayam separuh masak. 5. Kemudian masukkan santan dan asam keping. Biarkan kuah mendidih. 6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa untuk seimbangkan rasa. 7. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fishball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap dalam tauhu kering. 8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi, sambal dan bahan-bahan sampingan.
9. Untuk membuat sambal, rebus cili kering sehingga masak dan kembang. 10. Masukkan ke dalam pengisar bersama bawang. Kisar halus. 11. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. 12. Angkat dan sedia dihidangkan bersama Mi Kari.
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
RESEPI KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya.Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan gula
1 cawan Air
Setengah sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.