Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mi KariChinese Style perkongsian Cik Puan Julieta ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini memang padu. Nampak gambar pun dah dapat agak rasanyanya yang sedap. Patutlah menu ni jadi kegemaran anak-anak beliau. Jom cuba. Anda pun pasti sukakan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng serai sebentar. 2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi dan keperangan. 3. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak. 4. Masukkan ayam dan kacau sebati hingga ayam separuh masak. 5. Kemudian masukkan santan dan asam keping. Biarkan kuah mendidih. 6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa untuk seimbangkan rasa. 7. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fishball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap dalam tauhu kering. 8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi, sambal dan bahan-bahan sampingan.
9. Untuk membuat sambal, rebus cili kering sehingga masak dan kembang. 10. Masukkan ke dalam pengisar bersama bawang. Kisar halus. 11. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. 12. Angkat dan sedia dihidangkan bersama Mi Kari.
Di musim PKP ni, sebenarnya inilah lebih lama masa bersama keluarga. Makan kacang kuda sambil menonton tv ramai-ramai memang syoklah.
Kacang kuda pedas dengan ikan bilis perggh nikmatnya. Jangan lupa rebus dulu kacangnya ya.
KACANG KUDA PEDAS DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN : 300gm kacang kuda – direndam semalaman dan direbus hingga empuk dan tos airnya segenggam Ikan bilis – digoreng (saya guna yang paling kecil – x perlu di kopek) 1 biji bawang besar – dihiris 1 cawan air asam jawa Serbuk cili – letak mengikut selera pedas masing-masing (nak sedap lagi letak cili kisar) 2 pelepah daun kari Garam + gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. 2. Masukkan serbuk cili dan air asam jawa. Biarkan serbuk cili masak dan menjadi pekat. 3. Masukkan gula dan sedikit garam. 4. Masukkan kacang kuda yang siap direbus empuk dan ditos tadi. Biarkan hingga kering. 5. Masukkan daun kari dan akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Lauk pauk kali ini resipi warisan keluarga Maliza Ghani, pemilik Manisa Cafe di Accentra Glenmarie, Shah Alam ini. Dimakan pula dengan Nasi Beringin sajian Johon yang cukup popular, perrgh memang ‘terangkatlah’.
Patutlah ramai pelanggan yang makan di sini. Cukup berperisa, dan cukup rempah ratusnya.
1. NASI BERINGIN
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi | direndam setengah jam terlebih dahulu
2 biji bawang besar | dimayang
2 ulas bawang putih | dimayang
4 sm halia | ditumbuk
5 batang serai | diketuk
2 helai daun pandan | disimpul
1 biji kelapa | ambil santannya
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
1/4 cawan minyak masak
2 sudu minyak sapi
1 liter air
Beberapa titik pewarna kuning @serbuk kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan beras dan rendamkan sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan. 2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. 3. Masukkan pula serai. 4. Kemudian sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi. 5. Kemudian masukkan santan dan air dan masukkan air. 6. Masukkan pewarna atau serbuk kunyit dan pewarna atau serbuk kunyit. 7. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila hampir kering, tutup periuk dan kecilkan api. 8. Biarkan ia masak dan kacau sekali. 9. Taburkan bawang goreng sebelum dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan rempah ratus beraroma yang wangi
INFO :Anda boleh juga menambah daun pudina untuk rasa yang lebih lazat dan berperisa.
10 tangkai cili kering | rebus sebentar baru kisar
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar. Tumis hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau sebati. 3. Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak tadi (yang telah digaul garam dan serbuk kunyit. 4 .Kecilkan api dan balik-balikkan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa, dan biarkan ayam masak. 5. Lauk siap dihidang.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas yang lazat
INFO : Anda boleh menambah kacang peas hijau jika suka, tapi bahan ini opsyenal sahaja. Sedap dimakan dengan nasi minyak, tomato dan nasi impit.
3. AYAM BAKAR TIKKA
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dikukus atau rebus dengan garam dan kunyit selama 20 minit
1/2 sudu makan asam jawa | campur sedikit air
1/2 biji gula Melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk memasak
BAHAN DIKISAR :
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia
6 tangkai cili kering | direbus sebentar baru dikisar
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.. 2. Masukkan gula Melaka, asam jawa dan garam secukup rasa. Ketepikan 3. Susun ayam yang direbus (dipotong beberapa bahagian) atas pemanggang yang arangnya sudah dinyalakan dan tersedia. 4. Panggang atau bakar ayam sambil sapukan / siramkan dengan bahan tumisan.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas yang lazat
INFO : Bakar hingga 7-8 minit setiap bahagian dan balik-balikan. Ayam bakar tikka adalah menu berasal dari India yang sangat popular.
4. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong beberapa bahagian
3 sudu makan rempah kari | campur sedikit air jadikan pes
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kari
BAHAN DIKISAR :
2.5 sm halia
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan dikisar bersama serbuk cili, kunyit dan garam secukup rasa. Perap selama 30 minit. 2. Perasakan dengan garam secukup rasa. 3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Enak dengan rasa ayam yang kaya dengan rasa rempah
INFO :Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih supaya rempahnya sebati dan meresap ke daging.
5. DAGING DENDENG HITAM
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging batang pinang | digoreng dan diketuk terlebih dahulu
1 cawan kicap manis
1 biji buah pala | ditumbuk
3 biji buah keras | ditumbuk
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
4 biji pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa Gula secukup rasa
BAHAN DIKISAR :
7 tangkai cili kering | direbus dahulu sebelum mesin
2 biji bawang besar
3 sm halia
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Hiris daging sederhana tebal. 2. Rebus daging dengan sedikit air. 3. Tos daging dan tumbuk atau ketuk hirisan daging hingga leper dan bertekstur halus 4. Kemudian goreng dan ketepikan sebentar. 5. Panaskan minyak tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, pelaga,cengkih dan bunga lawang). Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. 6. Masukkan buah pala, buah keras dan serbuk jintan manis. Kacau sebati 7. Masukkan daging dan kicap manis. Kecilkan api dan biarkan daging mereneh dan sebati dengan semua bahan-bahan di dalam kuali. 8. Perasakan dengan garam dan gula 9. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Daging dimasak hingga empuk dan lembut dan kaya dengan rasa kicap lemak manis berempah
INFO : Jika suka daging yang sudah direbus juga boleh diperap dengan kicap manis selama setengah jam untuk rasa kicap yang lebih sebati. Pastikan setiap hirisan daging diketuk hingga teksur halus dan lembut.
TERIMA KASIH :Manisa Cafe, 16, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Glenmarie, Shah Alam, Selangor. FB :manisacatering, IG:manisa_catering
Ada empat bahan ni kat dapur, dah boleh buat puding. Agar-agar tali, susu cair, susu pekat dan biskut oreo atau cream'o . Gula batu ditambah untuk mendapatkan puding yang berkilat. dan mengelakkan puding berair bila dah keras.
Nak bagi padu patah-patahkan biskut tu, cara lebih lazat menikmati biskut yang dah memang sedia sedap. Jom kita cuba resipi dari Eza E-za yang mudah sangat nak buatnya. Keluar dari peti air, memang nyaman aje lalu kat tekak.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air 1200ml (sukatan jug plastik) dalam periuk, masak bersama agar2 dan 4@5 ketul gula2 batu. Masak hingga larut.
2. Dah larut masukkan susu pekat (kacau dulu) kemudian baru masuk susu cair.
3. Kacau2 5@7 min hingga mendidih, tutup api.
4. Tapis puding masukkan dalam loyang @ bekas.
5. Sekeping biskut patah 4, masukkan dalam puding(masuk je krim sekali jgn membazir)
6. Biarkan sejuk dalam 10@15 min baru masukkan dalam peti ais.
Tips Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding/agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar.