Resipi Mi Kari Sedap. Cuba Yang Ni Tak Pandang Lain Dah

Share

Mi Kari ni antara kegemaran ramai rakyat Malaysia. Resipinya pun ada bermacam jenis. Menerusi perkongsian saudari saudari Mariana Zainal, beliau kongsikan resipi Mi Kari yang sedap dan penuh dengan ramuan enak. Memang berbaloi untuk dicuba. Anak-anak dan suami anda pasti suka.

 

CARA MASAK MI KARI SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN KUAH MI KARI (KISAR):

BAHAN-BAHAN PES:

  • 6 sudu besar (membukit) rempah kari daging beli online disini
  • 1 paket kecil serbuk cili beli online disini
  • 2 sudu besar (membukit) gula beli online disini
  • 1 sudu besar garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 1/2 cawan air
    (satukan semua bahan di atas ini hingga jadi pes)
  • 2 kotak kecil santan beli online disini
  • 1 1/2 keping asam gelugur beli online disini
  • 3 biji kentang – rebus dan kisar
  • 1.5 liter air (untuk kuah) – boleh tambah jika kuah pekat
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • 2 keping kulit kayu manis beli online disini
  • 5 kuntum bunga lawang beli online disini
  • Isi kerang – empunya resipi guna 1kg
  • Sedikit ayam – empunya letak 4 ketul bahagian yang bertulang, potong kecil)
  • 3 paket bebola ikan
  • 1 paket kek ikan
  • 8 keping tauhu kering – jangan banyak

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan kisar hingga agak garing.
2. Masukkan bahan pes. Tumis hingga betul-betul naik minyak.


3. Masukan santan. Biarkan mendidih dan barulah dimasukkan kentang kisar, air dan ayam.
4. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
5. Bila sudah mendidih ganas, masukkan isi kerang dan bahan-bahan lain. Sesuaikan rasa mengikut selera.
6. Tauhu kering letak terakhir sekali supaya kuah tak kering diserap tauhu.


7. Hidangkan kuah Mi Kari bersama bahan-bahan lain.

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Mi kuning – celur
  • Sawi – celur
  • Taugeh – celur
  • Cili besar dan cili padi – potong
  • Bawang goreng
  • Telur rebus

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur