Terasa nak makan Mi Kari sedap? Nah… Cubalah resipi Mi Kari Stail Chinese Ipoh ni. Dijamin berselera dan puas makan. Bahan-bahannya cukup ringkas dan mudah. Sesuai untuk anda yang mahukan resipi simple dan tidak renyah. Nah… Jom cuba! Saudari Dora Nurlaily KJ ada kongsikan resipinya.
CARA MASAK MI KARI STAIL CHINESE IPOH
BAHAN A (KISAR HALUS):
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis – beli online disini
1 batang serai – titik
BAHAN B:
4 sudu besar rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu besar cili kisar (ikut suka nak pedas mana) – beli online disini
1 kotak santan kara
Fishball
Fishcake
Tofu kosong
2 kiub pati ayam – beli online disini
Garam
Gula
Serbuk perasa
BAHAN C (HIASAN):
Taugeh – tak perlu celur
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak goreng serai sampai naik bau.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.
3. Masukkan rempah kari dan cili kisar yang sudah dibancuh air. Tumis 3 kali kering air.
4. Tambah air secukupnya, santan kara, kiub ayam, garam dan gula dengan secukup rasa.
5. Masukkan juga segala jenis fishball & tofu kosong. Masak hingga mendidih.
6. Kuah Mi Kari sedia untuk dihidang.
NOTA: Minyak jangan banyak, sebab nak makan dengan mee, nanti cepat muak. Kuah kari ni kena cair-cair je. Cukup rasa rempah & santannya. Paling sedap makan dengan fucuk ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Dora Nurlaily KJ
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: