Resipi Mi Rebus Daging Paling Mudah Untuk Rumah Terbuka.

Share

Mi kuning ni selain digoreng, kalau masak berkuah macam Mi Rebus ni pun sedap. Masak pula pakai daging. Fuhh..memang serasi! Ada rasa pedas, masin yang seimbang. Ubi kentang digunakan bagi menjadikan kuah lebih pekat dan enak. Sesuai sangatlah anda jadikan sebagai salah satu menu istimewa sempena majlis rumah terbuka anda nanti.

 

MI REBUS DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi kuning | rendam dan tos
  • 500gm daging | rebus
  • 500ml air rebusan daging
  • 8 tangkai cili kering | kisar
  • 1 biji kentang | kisar
  • 1 ulas bawang putih | kisar
  • 1 biji bawang merah | kisar
  • 50gm cili sos
  • 30gm gula
  • 10gm garam
  • Minyak untuk menumis secukupnya

BAHAN SAYUR:

  • Sawi secukupnya | celur

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis semua bahan kisar hingga terbit wangi.
  2. Masukkan air rebusan daging tadi dan kacau sekata.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan biar ia memekat. Kacau sekata. Biar ia mereneh seketika dan tutup api.
  5. Untuk menghidang; masukkan mi ke dalam mangkuk. Tuang sup bersama hirisan daging di atas mi. Letakkan sawi yang telah dicelur dan sedia untuk dinikmati.

 

 

Published by
Nur