Sepanjang musim PKP ni, asyik masak je. Pasti ramai ibu-ibu yang sudah buntu memikirkan menu untuk dihidangkan buat keluarga. Bagi anda yang tercari-cari sajian yang sedap dan mudah masak, resipi Mi Rebus perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap.

CARA MASAK MI REBUS SEDAP

Resipi Mi Rebus Paling Mudah, Sedap & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg daging – rebus empuk & hiris nipis. Boleh ganti dengan ayam, kerang atau udang
  • 1kg ubi keledek oren – rebus, tos & kisar dengan air. Boleh lebihkan jangan kurang. Nanti kuah tak pekat.
  • Mi kuning secukupnya
  • 5 sudu makan rempah kari daging – bancuh dengan sedikit air
  • 1 paket kecil serbuk cili – bancuh dengan sedikit air
  • 5 sudu makan gula – jika suka manis, boleh tambah
  • 1 sudu makan garam
  • 3 sudu makan sos cili
  • Sedikit bahan perasa
  • Air untuk kuah – ikut kepekatan yang disukai. Agak-agak sahaja jangan cair.
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS:

  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 5 sudu makan udang geragau
  • 1 paket kecil taucu – boleh abaikan jika tiada

BAHAN SAMPINGAN ( terpulang ikut cita rasa):

IKLAN
  • Sawi – celur
  • Tauge
  • Te;ur rebus
  • Cili besar & cili padi
  • Bawang goreng
  • Tauhu – goreng dan hiris nipis
  • Cucur

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga agak garing.

2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak.

3. Masukkan sos cili, daging (boleh juga masukkan ayam, kerang, udang), keledek kisar dan juga air ( air masukkan sedikit demi sedikit. Tak nak cair nanti tak sedap.)

4. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

IKLAN

5. Angkat kuah, hidangkan bersama mi dan bahan sampingan.

Resipi Mi Rebus Paling Mudah, Sedap & Cepat Masak.

CARA BUAT CUCUR UNTUK MI REBUS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh yis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit daun kucai
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat.

2. Peram adunan selama 30 minit hingga 1 jam.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

CUBA JUGA RESIPI-RESIPI BEST NI:

Resipi Kicap & Pes Cili Untuk Masak Char Kuay Teow Homemade.

Resipi Maggi Kari Tumis Sedap. Menu Paling Simple & Cepat Masak.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI