Hidangan mi rebus ini boleh jadi menu untuk menjamu tetamu yang datang beraya. Bukan saja enak malah ara membuatnya pun tak susah selain bahan yang digunakan pun tak banyak.
Cuma kalau nak rasa mi rebus yang dimasak lebih sedap, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ainn Mustafar ini. Katanya resipi ini adalah daripada ibunya. Memang sedap sampai boleh ulang makan lima kali sehari.
1kg mi kuning -dicelur dan ditos
Segenggam cili kering (rendam lembut)
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit
Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 keping asam keping
1 sudu serbuk kari daging
1.Tumis semua bahan kisar kisar. Setelah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak-agak lembut. Masukkan air udang (inilah rahsia penyedap kuah) dan ubi keledek yang dikisar.
2.Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi).
3. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Seimbang masam, manis, masin kuah! Akhirnya sekali masuk udang. Selepas kuah menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama supaya tak keras.
4. Kepekatan kuah ikut cita rasa, sebaiknya tak cair dan tak pekat sangat.
5. Sediakan mi rebus bersama dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan limau yang dipotong!
Sumber: Ainn Mustafar