
Resipi mi rebus utara ini antara sajian yang boleh kita sediakan bagi menjamu tetamu yang datang berkunjung ke rumah Syawal nanti.
Dengan kuah pekat dan sedap, hasil kombinasi daripada ubi keledek, kacang sangai dan air rebusan daging hidangan ini pasti akan buat tetamu makan menambah dan teringat-ingat.
Resipi mi rebus utara, dengan kuah pekat
Bahan-bahan
1 bungkus mi kuning -dicelur dan tos
200g daging (direbus dan dihiris)
3 batang ubi keledek (direbus dan dikisar)
3 biji ubi kentang (direbus dan dikisar)
6 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
Sedikit udang kering*
Sedikit kacang tanah (disangai & dikisar halus)
1 batang serai (dititik)
1 sudu besar rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya (jangan terlalu cair atau terlalu pekat)
Bahan Hiasan
Telur rebus (dibelah dua)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Cili merah besar (dihiris serong)
Bawang goreng
Tauhu goreng (dipotong dadu)
Taugeh
Limau nipis (dihidangkan bersama)
Cara memasak
- Rebus daging hingga empuk dan simpan air rebusannya.
2. Rebus ubi keledek dan ubi kentang hingga lembut, kemudian kisar bersama sedikit air.
3. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus.
4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai, bahan kisar, dan rempah kari daging sehingga naik bau dan pecah minyak.
5. Masukkan ubi keledek dan ubi kentang yang telah dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging.
6. Tambahkan kacang kisar dan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati.
7. Cara penyediaan resipi mi rebus utara; letak mi dalam mangkuk, tuangkan kuah dan taburkan bahan hiasan di atasnya. Perah sedikit limau nipis sebelum menikmati untuk rasa yang lebih seimbang.
Kredit resipi & foto: Nasuha Saiful
Baca Lagi: Resipi Mi Rebus Sedap, Sampai Boleh Ulang Makan 5 Kali Sehari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI