Anda suka makan Mi Sanggul tak? Mesti pernah jumpa mi ini di kedai tapi buntu memikirkan menu apa yang sesuai untuk dimasak menggunakan Mi Sanggul. Kebiasaannya Mi Sanggul ni sedap dijadikan Mi Sanggul Goreng.  Memang sedap dan mudah saja caranya.

Tetapi kali ini, kita olah dan cuba masak Mi Sanggul Kari Berkeju. Tak sangka, sebenarnya mudah saja cara nak membuatnya. Bila dimakan panas-panas, memang sedap tak terkata. Pasti makan bertambah-tambah.

Nak lagi sedap, gunakan Anchor Cheese Slices yang diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Cubalah, pasti menjadi. Kami kongsikan resipi untuk anda. Selamat mencuba!Resipi Mi Sanggul Kari Berkeju, Mudah & Pasti Makan Bertambah

MI SANGGUL KARI BERKEJU

Resipi Mi Sanggul Kari Berkeju, Mudah & Pasti Makan Bertambah

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 9 keping Anchor Cheese Slices
  • 1 mangkuk mi sanggul – rebus dan toskan
  • 6 biji telur
  • 200ml Anchor Cooking Cream
  • 200ml Susu UHT Fernleaf
  • 30gram Anchor Salted Butter
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 labu bawang besar – cincang halus
  • 2 tangkai daun kari – cincang
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Chili flakes secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur bersama serbuk kari, susu UHT Fernleaf dan Anchor Cooking Cream hingga sebati. Masukkan mi sanggul rebus. Tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya.
  2. Sediakan mangkuk/bekas tahan panas. Sapu sedikit Anchor butter. Tuang campuran mi tadi lalu ratakan.  Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20-25 minit atau hingga agak perang.
  3. Keluarkan dari ketuhar, susun kepingan Anchor Cheese Slice dan tabur cincangan daun kari dan chili flakes. Bakar semula selama 4 minit.
  4. Keluarkan dan biarkan beberapa minit. Potong pasta bakar kepada beberapa kepingan. Hidangkan.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

Ads

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI