
Selain mi goreng, mi udang yang dimasak berkuah pekat adalah salah satu resipi yang digemari ramai. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG KUAH PEKAT


BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur ayam rebus
• limau nipis / kasturi
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Selamat mencuba.
Resipi Oleh Siti Aisyah dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Jenis Resipi Pasta Sihat Pelbagai Rasa. Nak Diet Memang Sesuai!

Pasta adalah hidangan yang sihat. Tentu sahaja asalkan tidak makan keterlaluan dan bahannya harus dikendalikan dengan baik. Kombinasi pasta dengan serat vitamin sumber protein yang rendah lemak dan sayuran sangat membantu untuk meningkatkan kesihatan. Pasta adalah masakan keluarga yang mudah cara membuatnya dan rasanya yang lazat. Jadi, apa tunggu lagi? Jadikan 6 resipi ini sebagai sumber inspirasi anda untuk memasak aneka pasta.
MAC & CHEESE BERSAMA IKAN PANGGANG

BAHAN-BAHAN: (Mac & Cheese)
- 150 gm macaroni elbow bersaiz besar, direbus
- 1⁄4 cawan mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1⁄2 sudu kecil garam
- 2 cawan susu segar
- ½ cawan parutan keju cheddar
- ½ cawan parutan keju parmesan
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN IKAN PANGGANG:
- 3 kepingan isi ikan dory sederhana besar
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- 1 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu kecil sos tiram
- Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK MAC & CHEESE:
- Panaskan mentega sehingga cair, masukkan tepung dan kacau rata. Tuang susu dan kacau lagi sehingga pekat.
- Masukkan keju dan kacau rata.
- Masukkan macaroni dan sedikit garam serta serbuk lada hitam. Kacau sehingga rata dan keju cair sepenuhnya.
CARA MEMASAK IKAN PANGGANG:
- Ikan diperap seketika bersama serbuk lada hitam, serbuk bawang putih, sos tiram dan minyak zaitun.
- Grill ikan didalam oven atau didalam kuali tidak melekat selama 8-10 minit sehingga masak. Hidangkan bersama mac & cheese
INFO CHEF: Selain ikan dory, boleh dipelbagaikan jenis fillet ikan. Selain itu boleh juga dihidangkan bersama kepingan isi ayam
MACARONI GORENG CILI PADI UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 200gm macaroni elbow, direbus
- 300gm isi udang, dibuang kulit
- 1/4 cawan susu sejat
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 1 cawan air rebusan macaroni
- 1 sudu besar mixed Italian herbs
- 2 sudu besar sos tiram
- Daun parsley, dicincang
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi (boleh kurangkan jika mahu kurangkan pedas)
- 4 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang besar
- 2 sudu besar ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan bawang besar dan kacau rata.
- Masukkan isi udang, herba campuran itali dan sos tiram. Masak sekejap.
- Masukkan susu sejat, daun parsley cincang dan macaroni. Kacau rata. Jika terlalu kering boleh tambah air rebusan pasta
- Kacau rata sehingga kuah agak kering (macaroni akan menyerap kuah) dan bolehlah dihidangkan.
PASTA SOS SALSA & TACO BEANS

BAHAN-BAHAN:
- 100gm pasta penne | direbus
- 200gm isi ayam | dihiris nipis
- 200gm isi kepah
- 3 biji tomato | dicincang halus
- ½ cawan mixed taco beans dalam tin
- 1 sudu kecil jus limau nipis
- 1 sudu kecil cili flakes
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 ulas bawang besar |dicincang kasar
- ¼ cawan minyak zaitun
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan isi ayam dan kepah, masak sebentar.
- Masukkan tomato kisar dan juga taco beans. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Masak seketika sehingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan cili flakes, garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan perahan limau nipis.
- Masukkan spaghetti dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Taco beans juga boleh digantikan dengan kacang panggan dalam tin
SALAD PASTA ISI KETAM

BAHAN-BAHAN:
- 80gm pasta campuran | direbus
- 2 ekor ketam | direbus dan diambil isinya
- 2 sudu besar daun thyme | dicincang
- 4 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 biji lemon, diambil jusnya
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 sudu besar serbuk keju parmesan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Isi ketam dihancurkan sedikit dan digaul bersama lemon jus. Ketepikan
- Dalam mangkuk besar, satukan mayonis, minyak zaitun, sos tomato dan serbuk bawang putih. Kacau rata
- Masukkan pasta, isi ketam dan daun thyme. Masukkan juga garam secukup rata.
- Tabur serbuk keju parmesan dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
SPAGHETTI SUP BEBOLA DAGING

BAHAN BEBOLA DAGING:
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm daging cincang
- 2 keping roti putih
- 3 keping roti putih dibakar (toasted) dan kemudian kisar kering jadi serbuk roti (breadcrumb)
- 1cawan susu
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil Italian mixed herbs
- 1 sudu kecil lada hitam
- Sedikit garam
BAHAN SUP:
- 200 gm spaghetti | direbus
- 4 ulas bawang merah | dihiris nipis
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 1 inci halia | dihiris nipis
- 1 sup bunjut
- 2 batang celery | dipotong
- 1 sudu besar lada sulah
- 2 kiub pati ayam
- 1 liter air
- 3 sudu minyak
- Daun sup dan daun bawang secukupnya | dicincang
- Hirisan cili secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rendam roti putih dan susu sehingga lembut. Kemudian perah roti tu dari susu dan campurkan dengan daging cincang, serbuk roti, telur, lada hitam, garam. Baki susu jangan dimasukkan untuk mengelakkan adunan berair.
- Gaul rata dan bentukkan bulat-bulat sambil ditekan sedikit supaya sedikit padat. Jika terlalu kering, boleh tambah baki susu tadi.
- Goreng sekejap diatas kuali yang mengandungi sedikit minyak zaitun sehingga bahagian luar keperangan dan mengeras dibahagian luar.
CARA MEMASAK SUP:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan bebola daging dan goreng sebentar. Perlu hati-hati agar bebola tidak pecah.
- Masukkan air secukupnya untuk kuah dan masukkan juga celery dan kiub ayam. Reneh sehingga mendidih
- Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah.
- Masukkan spaghetti kedalam mangkuk dan tuang kuah berserta bebola daging didalamnya. Tabur daun bawang, daun sup dan potongan cili.
SUMMER SPAGHETTI

BAHAN-BAHAN:
- 200 gm spaghetti | direbus
- 3 sudu minyak zaitun
- ½ cawan keju parmesan parut
- ½ cawan daun basil segar
- ½ cawan tomato ceri merah | dibelah dua
- 4 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 ulas bawang besar | dicincang kasar
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air rebusan pasta secukupnya
- Keju parmesan untuk taburan diatas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
- Masukkan spaghetti yang direbus bersama sedikit air rebusan. Masukkan garam, dan serbuk lada sulah.
- Masukkan keju parmesan yang diparut. Masukkan juga tomato ceri dan daun basil. Gaul rata dan masak seketika.
- Hidangkan dengan taburan keju parmesan diatas pasta
Kredit resipi: FOTO & RESIPI: ENY ABDULLAH
Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah. Ada Keju Memang Sedap!

Sedapnya Makaroni Bakar. Jika anda penggemar hidangan ini, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni tentunya harus dicuba. Resipi Makaroni Bakar ini tidak menggunakan banyak bahan. Malah cara penyediaannya juga cukup mudah. Sesuai bagi anda yang sukakan resipi yang ringkas, mudah dan sedap. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.
RESIPI MAKARONI BAKAR KEJU

BAHAN-BAHAN:
- 250gm makaroni
- 200gm daging cincang
- 10 biji telur
- 1 biji bawang besar – didadu (beli online disini)
- 3 ulas bawang putih – dicincang (beli online disini)
- 1 batang lobak merah – diracik
- 1 biji cili benggala – dipotong dadu
- 1 pokok daun sup – dipotong halus
- 2 sudu makan rempah kari (beli online disini)
- Keju cheddar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rebus makaroni sampai empuk. Toskan dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.

3. Bila bawang dah layu, masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air. Tumis biar wangi.

4. Kemudian masukkan pula daging cincang. Kacau sehingga daging masak.

5. Masukkan pula lobak merah dan cili benggala. Gaul rata.

6. Kemudian letak makaroni. Gaul lagi hingga sebati. Bolehlah perasakan dengan garam, gula & serbuk cukup rasa. Kacau bagi sekata.

7. Masukkan pula daun sup.

8. Kacau rata dan tutup api. Ketepikan supaya makaroni sejuk sedikit.

9. Sementara menunggu makaroni dalam kuali sejuk, sapukan sedikit marjerin pada bekas caserol. Kalau tiada caserol, gunalah loyang yang dilapik dengan baking paper.

10. Bila makaroni sudah suam-suam kuku, pecahkan telur ke dalam kuali.

11. Gaul rata jadi seperti di dalam gambar.

12. Kemudian tuang ke dalam caserol dan ratakan.

13. Sagat keju cheddar. Ratakan dipermukaan makaroni.

14. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 40 minit atau sehingga masak.

15. Makaroni yang dah dibakar.

16. Untuk menikmati, tuang sos dan mayones mengikut cita rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/empat-resipi-pes-homemade-boleh-mudahkan-kerja-memasak-di-musim-pkp/
Begini Cara Buat Murtabak Daging & Kuah Cuka Bawang Sedap Macam Jual Dekat Pasar Malam
https://www.rasa.my/nak-buat-kuih-puteri-ayu-lembut-gebu-ini-caranya/
https://www.rasa.my/resipi-ayam-perap-mayo-sedap-tak-guna-banyak-bahan/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Sajian Makan Malam Ala Kedai Masakan Thailand

Masakan panas memang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba waktu makan malam. Sajiannya tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
KOLEKSI RESIPI SAJIAN MAKAN MALAM MUDAH & SEDAP
1. KUETIAU KUNGFU

BAHAN A:
- 1 cawan kuetiau
- 1 biji telur
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN B:
- 3 ulas bawang putih – ketuk
- 100gm isi ayam
- 2 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
- Secubit serbuk lada hitam – beli online disini
- Sedikit serbuk rempah sup
- 1 gelas air
- Sedikit hirisan bunga kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan sayur kalian
- 2 sudu makan putih telur
- 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
- Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.
- Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.
- Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.
- Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.
- Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
- Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.
- Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.
2. MAGGI KARI TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 keping kecil isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1 sudu makan pes tomyam
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu makan sos cili – beli online disini
- 1/2 sudu makan sos tiram – beli online disini
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit bunga kubis
- Sedikit sayur kalian
- 3 biji cendawan butang – hiris
- 1/2 biji tomato – hiris
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1/4 biji bawang holland – hiris
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang serai – dipotong tiga
- 1 hiris lengkuas
- 1 hiris nipis halia
- 2 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
- Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
- Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
- Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
- Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
- Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
- Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
- Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
- 1 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 biji cili padi – tumbuk
- 1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar
- 3-4 ekor udang
- 1 ekor sotong – hiris bulat
- Sedikit hirisan kek ikan @ fishcake
- 1 sudu makan kicap sotong
- 2 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
- 1 sudu makan sos cili – beli online disini
- 1/2 sudu teh sos tiram – beli online disini
- 1/2 sudu makan gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit hirisan kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit sawi
- Tauge secukupnya
- Cili padi – hiris
CARA MEMASAK:
- Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.
- Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.
- Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.
- Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.
- Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.
- Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.
- Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.
4. MI BERKUAH

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahulu
- Isi dan kaki ayam secukupnya – jika suka
- 4 ulas bawang putih – ketuk
- 1/2 biji bawang holland – hiris – beli online disini
- Sedikit serbuk lada hitam – beli online disini
- 5 cawan air
- Hirisan fishcake dan fishball secukupnya
- Sedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merah
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.
- Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
- Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.
- Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.
- Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.
5. MI GORENG KETAGIH

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – basuh dan tos
- 1 keping isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- Udang secukupnya
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan kicap pekat – beli online disini
- 5 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
- 5 sudu makan kicap cair – beli online disini
- 1 sudu makan kicap sotong – beli online disini
- 4 sudu makan sos cili – beli online disini
- Hirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnya
BAHAN TUMBUK:
- 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen – beli online disini
- 3 ulas bawang putih – beli online disini
- 2 biji cili padi merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air.
5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.
6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Mi Goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

