Sekali sekala, tukar menu makan malam anda kepada mi pula. Jemu juga kalau asyik makan nasi je kan? Kalau dapat makan mi udang pun sedap juga. Jika anda nak cuba resipi mi udang yang sedap dan pedas, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh June Albert Yeaw. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan. Cubalah sendiri di rumah.
RESIPI MI UDANG @ HOKKIEN MEE
BAHAN-BAHAN KUAH:
Udang kulit keras
Udang kepal
Udang kering isi
BAHAN UTAMA:
Mi
Bihun
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN (HIASAN):
Sayur kangkung
Taugeh
Fish ball
Fish cake
Telur rebus
Bawang goreng
Ads
BAHAN SAMBAL:
Cili kisar
Gula
Garam
Perasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus udang dan kopek kulitnya. Air udang jangan buang untuk kuah nanti. Kulit udang pula goreng sampai kering sehingga naik bau.
2. Kisar kulit udang tadi dan tapis sehingga tinggal hampas, sama seperti buat kuah laksa. Boleh panaskan kuah dulu sebelum ke langkah yang seterusnya.
3. Kemudian, goreng udang kepal bersama udang kering dan kisarkan ia. Selepas kisar, bahagian kepada dua bahagian iaitu sebahagian dimasukkan ke dalam kuah (lebihkan untuk kuah) dan sebahagian lagi masukkan ke dalam sambal (untuk sambal, 1/3 dah cukup).
4. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan lebihan udang kering dan kacau sampai pekat seperti di dalam gambar. Masukkan juga perasa, gula dan garam.
5. Tak perlu cuci kuali. Seterusnya, ambil udang yang telah dikopek dan goreng menggunakan kuali lebihan sambal tadi sehingga udang menjadi merah.
Ads
6. Agar kuah nampak lebih menarik dan berwarna merah seperti di dalam gambar, masukkan sedikit sambal yang telah dimasak tadi. Tidak perlu letak banyak, hanya untuk cantikkan kuah sahaja.
7. Kemudian, masukkan bahan hiasan ke dalam mi udang anda. Siap!
NOTA:
Ads
Untuk perasa kuah, jangan lupa letak gula batu. Kuah akan rasa masin dan manis. Hujung akan rasa gula batu. Rasa gula batu dan gula pasir tak sama.
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Sebut sahaja laksa , siapa saja tak terliur, Setiap negeri laksanya berbeza-beza rasa. Kesedapan laksa terletak pada kepekatan kuah dan keseimbangan rasa. Tak kiralah sama ada laksa utaqa mahupun laksa johor keduanya mempunyai keenakan dan keistimewaan yang tersendiri. Memang boleh meleleh air liur dibuatnya bila dihidang dengan laksa ini. Ikan yang segar menjadikan rasa kuah yang dihasilkan enak.
Laksa Utaqa Ikan Sekoq
Bahan-bahan (hidangan 6 orang) Rebus
20 ekor ikan kembung
2-3 keping asam keping Kisar
10-15 tangkai cili kering (rendam dulu)
3 biji bawang besar
Belacan (besar ibu jari)
Kuah
1 batang bunga kantan
Daun kesum
Garam& gula, ajino moto secukup rasa
Cara memasak:
1. Mula-mula rebuskan ikan kembung bersama asam keping sehingga ikan masak dan masukkan sedikit garam.
2.Rebus ikan tadi, kisar ikan kembung yang rebus itu. Asingkan ikan dengan tulang dan kisarkan semua isi dahulu dan kemudian tapis isi ikan yang sudah dikisarkan tadi(Gunakan tapis yang sedikit besar supaya isi ikan itu dapat turun yang tinggal cuma tulang sahaja)
3.Selepas selesai kisar semua isi ikan,kisar pula semua tulang ikan itu. Semua bahan yang dikisar guna air rebusan ikan itu sahaja
4.Selepas kisar semua dan tapis masukkan ke dalam periuk buka api sederhana dan biarkan ia mendidih kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5.. Kemudian masukkan terus bahan yang dikisar ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak hingga ramuan tadi sebati.
6. Siap untuk dihidang bersama laksa
Resipi: Mohd Zahir
Laksa Johor Bahan-bahan:
1 paket spageti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yang dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu makan kerisik
Garam
Serbuk perasa Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi Cara memasak:
Ikan dibersihkan kemudian dikukus. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan periuk letak 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Masak hingga agak pekat sebelum dihidangkan.
Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
RESIPI : CHEF AZMI & CHEF SHAZWAN ARSHAD DARI LE QUADRI HOTEL KUALA LUMPUR
Sedapnya kalau dapat makan Daging Black Pepper dengan nasi panas-panas. Satu lauk tu sahaja dah cukup untuk memuaskan rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari CT Nazura kongsikan resipi Daging Masak Black Pepper (Lada Hitam) terbaik yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sangat berbaloi untuk anda cuba masak hari ni.
CARA MASAK DAGING MASAK BLACK PEPPER YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris nipis
3 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji bawang holland – hiris
1 biji tomato – hiris
15 tangkai cili padi hijau & merah – lebih sedap jika guna lada benggala
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging kemudian rebus hingga empuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Lebih kurang dalam 5 minit.
3. Kemudian masukkan daging bersama air rebusan daging dengan secukupnya.
4. Tambahkan sos lada hitram,. Sos cili, sos tiram dan kicap manis. Jumlah kicap bergantung pada tahap kegelapan sajian yang anda mahu. Gaul rata.
5. Teruskan masak daging hingga agak pekat. Tambahkan garam serta perasa jika perlu.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland, tomato serta cili padi. Gaul sebati dan sedia untuk dinikmati.
Dua wanita ini kongsi resipi Nasi Ayam dan Ayam Penyet di laman sosial dan resipi ini memang boleh boleh dibuat berniaga. Menurut Nurul Afifah Hanafi melalui perkongsiannya di FB Mahn, memberitahu nasi ayam yang dikongsinya adalah adalah resipi ibunya yang kemudian dia buat berniaga.
“Dari kecik sAmpai dah kawen, tiap kali balik cuti dari asrama, cuti U, cuti office, balik kampung time cuti raya, mak akan tanye nk mak masak ape. Anak2 mak akan jwb nasi ayam. Sbb nasi ayam mak yg tersedap di selera tekak anak2 dia berbanding org lain masak.
Dan skrg nasi ayam resepi mak ni la yg jd sumber pendapatan sy laki bini stlh dua2 berhijrah dari Kl balik duk kampung, n dua2 resign keje. Bermula dgn cod je, Insyaallah tahun dpn bkk kedai makan.
Ade ke yg nak resepi? doakan bisness kami mampu pergi jauh.”
Resipi Nasi Ayam Nyakut”
Sup ayam **** Tumis bwg besar, bwg putih, halia, rempah 4 sekawan, biji ketumbar. Dah naik bau masukkan air sparuh periuk, masukkan ayam belah 4 je dulu (tujuan nk bg isi ayam moist bile potong after goreng, kalau goreng kecik2 trus, isi kering). Perasakan dgn serbuk ayam. sy guna Tumix, garam. Tgu mendidih agak2 ayam hampir empuk (jgn lama sgt smpai ayam jd hancur). Klau nk masukkan ubi kentang, bebola after kuarkan ayam. Takut kentang hancur masak lama2. Hias dgn daun sup, daun bwg, bwg goreng.
Ayam **** Angkat ayam, toskan, perap dgn kicap pekat manis. Biar salut smua ayam. Goreng ayam dlm myk terendam. Minyak betul2 panas, pastu slowkan api. goreng sekilas je sbb ayam dah masak kan mase rebus. nk bg nampak ayam brownish je. Potong ayam kpd beberapa bhgian.
Sos Kicap ****** Campurkan kicap manis, air sup td sikit, sambal lada.
Sambal lada ***** Blend lada burung , lada besar, bwg putih seulas, gula, garam, ajino, cuka, air sikit. Nk tmbh tomato, perah air limau kasturi pon blh. Style sy tmbh air sup sikit, tp utk jual x sesuai takut x tahan lama.
Ini pula perkongsian Resipi Ayam Penyet Edisi Lengkap daripada Rosma Ros
AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN:
Untuk Ayam:
1 ekor ayam potong 8….
( rebus ayam agak2 air tenggelam ayam.bersama sebiji bwg besar, 3 ulas bwg putih, seinci halia, 1 sudu pati ayam)
1/2 sudu mkn jintan putih** sangai
1 sudu mkn jintan manis** sangai
2 sudu mkn ketumbar biji** sangai
1 inci halia
3 btg serai..
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Sebiji bwg sederhana besar
3 ulas bwg putih
1 sudu serbuk kari daging
1 sudu lada putih
Garam
1 sudu pati ayam
Perasa kalau nak…
1 biji telur
1 cwn tepung beras
CARA MEMASAK:
Ayam direbus bersama sebiji bwg merah, 3 ulas bawang putih, seinci hali, pati ayam . Rebus sampai air menggelak kejap tutup api..toskan ayam.
Sementara itu, goreng kering bahan sangai dalam kuali sampai bau wangi dan agak garing.
Masukkan semua bahan dalam blander. Masukkan sikit jer air kisar halus bersama semua bahan-bahan perasa agar semuanya sebati.
Masukkan ayam dalam bekas dan gaul bersama bahan kisar tadi. Sesuaikan rasa dan perap semalaman atau sekurang2nya sejam sebelum goreng.
Bila nak goreng, celup ayam.dalam sebiji telur dan gaul dengan tepung..
Goreng dalam minyak banyak menggunakan api perlahan. Boleh gunakan periuk kecil agar semua ayam tenggelam.
Bahan rempah lebih, gaul tempe dengan tauhu dan goreng.
Note: Rempah yang lebih renjis2 dlm minyak, goreng garing dan toskan. Masa nak hidang taburkan atas ayam.
RESIPI NASI
4 cwn beras..basuh bersih…
Bhn tumis…
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
5 biji cengkih
Sbtg serai
2 sudu margerin/ butter/ atau kumpul lemak ayam.
Air rebusan ayam
Garam
Daun pandan
Sikit kunyit serbuk
CARA MEMASAK:
Panaskan butter… tumis bhn tumis.. bwg merah..halia..bwg putih.. serai..kulit kayu manis..bunga lawang dan cengkih
Tumis sampai wangi.
Curah semua dlm nasi … masukkan garam..air rebusan.. daun pandan simpul dan kunyit serbuk ..gaul sebati… air mcm masa nasi biasa jer… tanak sampai masak..
RESIPI SAMBAL
5 biji cili api merah/ tambah jika suka pedas..ros ank2 tk mkn pedas.
5 biji cili api hijau
2 biji cili besar merah
2 inci belacan bakar
Sebiji bawang besar
3 ulaa bwg putih
2 biji tomato
Segenggam ikan bilis
Gula merah ikut manis nak
Garam
perasa kalau nk.
Sebiji limau nipis
CARA MEMASAK:
Goreng ikan bilis hingga garing… angkat..
Goreng semua bhn yg lain kecuali garam dan gula…. goreng masak.. sampai wangi..
Blander semua bahan.
Masukkan dalam kuali, masak sampai pekat dan wangi. Masukkan bahan perasa garam dan gula secukup rasa.
UNTUK SUP
lebihan kaki, leher, kita rebus bersama ayam. Masukkan sup bunjut, dan perasa. Rebus daan masak macam biasa. NOTE: Boleh dihidang dengan ulam-ulam yang kita suka.