Mi wantan , mungkin ada yang sudah biasa dengan hidangan ini. Ia biasanya dihidangkan dalam sup panas. Bagi melengkapi mi wantan ini, dihias dengan sayuran dan wantan. Hari ini min kongsikan resipi mi wantan olahan Salimah. Nak makan kenalah rajin ye. Moga berjaya korang.
Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam – dicincang
isi udang – dicincang
1 biji telur
1/2 biji bawang Holland – diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang – diracik halus
TONTON DAPUR RASA LIVE: DAGING KERUTUK
CARA-CARA:
1.Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
2.Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
3.Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
4.Kukus dalam 4@5 minit.
5.Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.
Bahan sup jernih :
3@4 cawan air
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
Dumpling yang telah dikukus
1/2 kiub ayam knorr – BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu besar minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Daun bawang
CARA-CARA:
1.Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
2.Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
3.Padamkan api.
Bahan mi kicap:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
1.Celur mi wantan dengan air panas dan toskan.
2.Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
3.Hidangkan mi tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.
Selamat mencuba.
Resipi fb : Salimah Olie
Ingin membeli perkasasan rumah , boleh beli online DI SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI