Resipi Milo Cookies Rangup. Biskut Raya Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan.

Share

Salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba. Biskut ini tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan raas coklat. Kanak-kanak pasti gemarkannya.

 

MILO COOKIES

 

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm mentega
  • 110gm gula perang
  • 1 biji telur gred A
  • 185gm serbuk Milo
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 500gm tepung gandum

 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.

2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.

3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.

4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.

5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.

Kredir resipi & foto: Ahriany Ahmad

Published by
Nur