Satu ketika dulu, Milo Cube ni pernah menjadi tular. Harganya boleh tahan mahal kerana ia diimport dari luar negara. Isinya? Alahai…kecil ‘cinonet’ sahaja. Pendek kata, kalau geng mak-mak yang ada ramai rakyat, sebungkus memang tak cukup. Bagi yang teringat-ingat akan rasanya tu, boleh cuba buat sendiri. Malah lagi sedap dari yang anda beli tu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Mudah sahaja resipi perkongsian saudara Fendi Islam ini.
RESIPI MILO CUBE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm UHT Whipping cream ( krim putar)
- 100gm chocolate coin @ bar
- 100gm serbuk milo
- Aluminium foil
- Bekas kiub ais
CARA MEMASAK:
1. Satukan whipping cream, coklat dan milo di dalam mangkuk tahan panas. Gaul sedikit. Masukkan ke dalam microwave selama 3 minit pada suhu 250C. Jika tiada microwave, boleh guna kaedah ‘double-boiler’.
2. Keluarkan dan gaul sebati menajdi coklat ganache. Suhu jangan terlalu panas sehingga coklat berminyak. Nanti coklat akan lambat beku.
3. Sediakan aluminium foil seperti dalam gambar di bawah. Isikan dalam bekas ais kiub.
4. Tuang coklat ganache tadi. Bekukan selama 5-6 jam.
Nota: Jika mahu rasa coklat yang lebih kuat, boleh digolek di dalam serbuk milo.
Kredit resipi & foto: Fendi Islam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Caranya Untuk Buat Creampuff Versi Perancis
Creampuff sememangnya menjadi antara juadah minum petang yang popular. Selain tekstur yang lembut dan sedap, bentuknya yang comel membuatkan ramai yang tertarik mencari resipi.
Perkongsian daripada saudari Keroroyz Royz ini, sedikit berbeza daripada yang lain. Menggunakan keju dan herba menjadikan hidangan ini superb dan sedap!
Resipi ini dapat menghasilkan 12 biji cheese puff dan Gougères (disebut “goo-ZHAIRS”) adalah gaya pastri gourmet Perancis yang dibuat daripada pastri choux dan beberapa jenis keju.
GOUGÈRE – CHEDDAR CHEESE PUFFS
BAHAN CHEESE PUFF
8 sudu besar atau 113g mentega – beli online di sini
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 cawan tepung gandum – beli online di sini
4 biji telur saiz besar (kalau kecil 5 biji) | dipukul sedikit
1 cawan atau 113g parutan keju cheddar
2 sudu teh herba rosemary/thyme/parsley | dihiris halus (untuk resipi ini, saya guna rosemary dan parsley) – beli online di sini
½ sudu teh serbuk lada hitam – beli online di sini
Sebiji telur | dipukul untuk glis
Parutan keju cheddar sebagai hiasan
BAHAN CHEESE FILLING
250g cream cheese suhu bilik
4 sudu besar sour cream/yogurt asli
1 sudu teh garlic powder/1 ulas bawang putih diparut
1 sudu teh parsley/dill/rosemary herbs
*Campur semua bahan kecuali herba dan kacau menggunakan mixer hingga kental/soft peak. Masukkan herba dan kaup balik hingga sebati. Paipkan ke dalam gougere semasa menghidang.
CARA MEMBUAT CHEESE PUFF:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Di dalam periuk yang sesuai, masukkan air, garam dan butter. Kacau hingga mendidih kecil dan mentega larut. Guna api sederhana besar. Kemudian kecilkan api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan tidak melekat di periuk dan senduk kayu. Alihkan dari dapur.
3. Terus kacaukan adunan dan biarkan doh menjadi suam selama 5 minit. Guna mixer atau senduk kayu dan masukkan telur sedikit demi sedikit. Putar hingga adunan menjadi berkrim.
4. Masukkan lada hitam, daun herba dan keju cheddar. Kacau hingga sebati
5. Guna piping bag atau sudu dan paipkan adunan ke atas loyang sebesar 1.5-2inc. Jarakkan kerana adunan akan mengembang. Ulang hingga habis.
6. Masukkan ke dalam ketuhar dan turunkan suhu ke 190c bakar selama 20 minit. Keluarkan dari ketuhar, sapukan dengan telur dan tabur keju di atas puffs. Bakar semula selama 10 minit hingga puffs menjadi keperangan. Sejukkan di atas rak dawai.
*boleh gantikan herba dengan kucai, daun bawang atau herba kegemaran. Boleh juga terus sapukan telur dan tabur keju sebelum bakar. Tapi hasilnya tak berapa cantik sebab keju cepat cair. Kalau terlebih rajin, boleh buat cheese filling. Tapi makan begitu saja pun dah sedap dan wangi bau herba.
Kredit resipi dan foto: Keroroyz Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/ayam-bakar-super-simper-tapi-sedapnya-ya-ampunn/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Sangat Ringkas Tempe Telur Masin Rasa Pedas Lemak Enak Gitu
Menu sampingan yang ringkas untuk melengkapkan makanan anda. Sedap juga makan begitu sebagai snek ringkas.
TEMPE TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ulas bawang putih – cicang halus
- 2 tangkai cili kering – potong kecik2 atau boleh tukar cili padi
- 2 tangkai daun kari
- Sepeket tempe – goreng tanpa garam
- 2 sudu makan susu cair
- 1 biji telur masin- untuk sepeket tempe
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan telur masin yang siap direbus. Boleh guna kuning telur sahaja dan kalau tidak mahu membazir boleh guna putih telur sekali.
2. Panaskan satu sudu mentega atau boleh gunakan minyak.
3. Masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan susu cair. Terpulang pada citarasa anda jika hendak rasa leboh krim boleh lebihkan.
5. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adlina Aini Afifi
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/alahai-senangnya-nasi-goreng-telur-masin-udang-tersusun-rapi/
Telur Dadar Kentang Cheese. Memang Sedap, Mesti Anak-Anak Pun Suka.
http://www.rasa.my/resipi-khas-bila-menjelang-tengah-bulan-tomyam-peach-telur-mata-kerbau/
5 Manisan Tradisional Unik Pelengkap Dulang Hantaran
Anda ingin kelainan dalam menyediakan manisan sebagai pelengkap dulang hantaran pertunangan atau perkahwinan. Apa kata anda cuba salah satu dari lima jenis manisan tradisional yang unik ini sebagai tanda ingatan buat yang tersayang.
CAKAR AYAM SARANG BURUNG
BAHAN-BAHAN:
- 350gm keledek | diparut
- 100ml air gula
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat cakar ayam; goreng ubi keledek tadi sehingga keemasan.
- Tuang air gula ke atas keledek yang sedang digoreng. Biar selama dua minit.
- Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan tekan kemas. Tujuannya untuk membentuk seperti sarang burung.
- Letakkan di atas dulang, hiaskan dengan gula-gula berbentuk telur burung.
JAMBANGAN BUNGA HALWA KUNDUR
BAHAN-BAHAN:
- 500gm buah kundur | potong 1 x 3 inci
BAHAN AIR GULA:
- 100ml air
- 400gm gula pasir
HIASAN:
- Bunga hidup dan daun secukupnya
- Batang lidi dan pelilit hijau secukupnya
- Bekas bunga putih
CARA MEMASAK:
- Buah kundur yang telah dipotong tadi direndam ke dalam air suam selama lima hingga 10 minit. Jangan guna air panas mendidih.
- Kemudian toskan hingga betul-betul kering. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; Masukkan air dan gula ke dalam kuali. Masak sehingga air gula tadi mendidih. Tutup api kemudian masukkan buah kundur tadi.
- Gaul rata sehingga air gula tadi menjadi berkeping-keping.
- Bentukkan halwa menjadi seperti bunga, gunakan lidi sebagai batang dan lilit dengan pita hijau. Tambah bunga hidup dan daun untuk lebih cantik. Pacak di dalam bekas untuk membentuk gubahan jambangan bunga yang indah.
HALWA BUAH WARNA WARNI
BAHAN-BAHAN:
- 100gm buah betik separuh masak
- 100gm buah kiwi muda
- 100gm buah mangga separuh masak
BAHAN AIR GULA:
- 50ml air
- 300gm gula pasir
HIASAN:
- Lidi secukupnya
- Pelilit hijau
- Daun secukupnya
- Sedikit buah asam berwarna merah
CARA MEMASAK:
- Buah-buahan tadi dipotong 1 x 3 inci dan kemudian direndam ke dalam air suam selama lima hingga 10 minit. Jangan guna air panas mendidih.
- Kemudian toskan hingga betul-betul kering. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; Masukkan air dan gula ke dalam kuali. Masak sehingga air gula tadi mendidih. Tutup api kemudian masukkan buah-buahan yang telah dihiris tadi.
- Gaul rata sehingga air gula tadi menjadi berkeping-keping.
- Bentukkan halwa menjadi seperti bunga, gunakan lidi sebagai batang dan lilit dengan pita hijau. Tambah asam berwarna merah di bahagian dalam sebagai putik bunga dan daun untuk lebih cantik. Pacak di dalam bekas untuk membentuk gubahan jambangan bunga yang indah.
AGAR-AGAR IKAN
BAHAN A
AGAR-AGAR BENTUK IKAN:
- 10gm agar-agar
- 500ml air
- 100gm gula
- 50ml susu cair
- Pewarna kuning secukupnya
- Pewarna merah secukupnya
BAHAN B:
- 10gm agar-agar
- 200ml air
- 50ml susu cair
- 50ml gula pasir
- Pewarna hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat agar-agar bentuk ikan; masak semua bahan A kecuali susu cair dan pewarna.
- Apabila agar-agar benar-benar hancur, tutup api dan masukkan susu cair dan pewarna kuning. Gaul sekata. Kemudian tuang agar-agar ke dalam acuan berbentuk ikan.
- Biar ia betul-betul keras. Keluarkan daripada acuan dan titikkan pewarna merah untuk membentuk mata ikan. Ketepikan.
- Masak kesemua bahan B kecuali susu cair dan pewarna, hingga betul-betul hancur dan tutup api.
- Masukkan susu cair dan pewarna hijau, kacau sekata.
- Tuang ke dalam acuan bulat. Masukkan gar-agar ikan tadi. Biar mengeras.
- Keluarkan dengan hati-hati dan letak di atas papan pelapik kek.
TAT MANGGIS
BAHAN A:
- 100gm tepung gandum
- 30gm gula halus
- 1 biji kuning telur
- 150gm mentega
- Sedikit esen vanila
BAHAN INTI:
- 300gm nanas yang telah siap diparut
- 300gm gula kasar
- 20ml minyak masak
BAHAN LAIN:
- Pewarna ungu, hijau dan kuning secukupnya
- Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan dan campurkan kesemua bahan inti. Masak di atas dapur dan kacau hingga nanas betul-betul pekat. Angkat dan sejukkan.
- Bulat-bulatkan inti nanas mengikut saiz yang dikehendaki. Ketepikan.
- Gaul dan satukan semua bahan A hingga sebati dan membentuk doh. Gunakan spatula sahaja. Ketepikan.
- Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan sedikit inti nanas di dalamnya. Bulatkan seperti buah manggis.
- Untuk membentuk isi buah manggis di bahagian atas, bulatkan kecil-kecil doh sebanyak empat ke lima biji dan lekatkan. Bentukkan juga daunnya. Bakar pada suhu 150C selama enam minit.
- Keluarkan dan warnakan dengan warna ungu menggunakan berus makanan. Isi manggis pula diwarnakan dengan pewarna kuning. Daun pula beruskan dengan warna hijau. Tangkai manggis gunakan cip coklat.
- Bakar sekejap lagi kira-kira 1 minit. Siap dan hiaskan di dalam bakul comel.