Isi Kandungan
ToggleMini Bites Pizza, resipi mudah dan cepat yang sesuai dijadikan snek atau hidangan santai yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Dengan gabungan rasa keju, sos tomato dan topping kegemaran, setiap gigitan memang memikat selera. Paling penting, gunakan keju Perfect Italiano Perfect Pizza untuk hasil yang lebih mantap. Jom cuba buat sendiri!
MINI BITES PIZZA
Bahan-Bahan:
- 1 loaf baguette
- 1 tin puri tomato
- 1 sudu besar pes tomyam
- 30gm parsli
- 1 tin sos tomato
- 200gm pepperoni
- 6 ulas bawang putih
- 1 paket Perfect Italiano Perfect Pizza
- 2 sudu besar dry herbs
Cara Memasak:
- Potong baguette menjadi bentuk bulat.
- Campurkan puri tomato, pes tomyam, sos tomato, parsli dan bawang putih cincang.
- Letakkan campuran tomato di atas baguette. Kemudian, taburkan keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Pepperoni dan dry herbs.
- Bakar di dalam air fryer selama 10 minit dalam 180°C atau sehingga keju menjadi perang. Sedia untuk dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Quiche Rendang Ayam Yang Lazat & Menyelerakan
Isi Kandungan
ToggleSelain dimakan begitu saja, Rendang Ayam sebenarnya boleh diolah menjadi satu resipi mudah iaitu Quiche Rendang Ayam. Confirm laku hidangan ni. Mana tidaknya, rasa rendang yang enak dan wangi ditambah dengan taburan keju buat anda tak jemu menikmatinya.
Lebih-lebih lagi apabila menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes. Keju gabungan mozzarella, cheddar dan parmesan ini memberi hasil kerak perang keemasan yang cukup sempurna dan lazat. Memang kena cuba resipi ni tau!
QUICHE RENDANG AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN A:
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 225gram Anchor Butter Unsalted – sejuk
- 7 sudu makan air sejuk + ais
- ½ sudu teh garam
BAHAN-BAHAN B:
- 150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
- BAHAN-BAHAN RENDANG:
- 800gram ayam – potong kecil
- 1 cawan santan
- 10 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
- 8 biji bawang merah – kisar
- 4 ulas bawang putih – kisar
- 2 biji buah keras – kisar
- 1 inci halia – kisar
- 1 inci lengkuas – kisar
- 2 batang serai – kisar
- 2 sudu makan kerisik
- 3 helai daun limau purut – siat-siat
- Garam dan gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat pastry; satukan semua bahan A di dalam food processor lalu uli sebati (jangan terlebih uli). Uli sekejap hingga jadi doh yang tak melekat di tangan. Tutup guna cling wrap dan sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Sementara itu untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan santan. Masak hingga agak empuk. Masukkan kerisek, daun limau purut, garam dan gula perang secukupnya. Masak lagi hingga semua bahan masak sempurna. Sejukkan.
- Sediakan muffin tray lalu disapu dengan Anchor Butter Unsalted
- Keluarkan doh dari peti sejuk, canaikan dengan ketebalan yang diingini. Potong pastry yang telah dicanai mengikut size muffin tray. Letakkan doh yang telah dicanai tadi ke dalam muffin tray lalu kemaskan kelilingnya.
- Masukkan rendang ayam secukupnya ke dalam muffin tray lalu ambil sekeping pastry dan tutup atas setiap quiche.
- Sapu permukaan quiche dengan kuning telur. Taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 40-50 minit atau hingga quiche masak keperang-perangan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Masak, Kongsi & Menang Wang Tunai Dengan Menyertai Peraduan #LebihEnakLebihCeria Anchor
Bulan puasa ni pasti ramai ibu-ibu yang sibuk memasak sajian yang enak setiap hari. Lauk pauk, kuih muih, manisan dan bermacam-macam lagi menu istimewa buat keluarga.
Malah ramai juga yang suka ambil video masakan. Jangan simpan video tu dalam telefon bimbit. Ni RASA nak kongsi cara-cara untuk menang DUIT RAYA RM300 hanya dengan buat video masakan. Wow…
Langkahnya mudah sahaja. Sertai Peraduan Masak, Kongsi & Menang #LebihEnakLebihCeria Bersama Anchor. Setiap minggu kami akan kongsi video-video memasak daripada Instafamous pilihan dengan resipi-resipi enak untuk sahur, berbuka dan raya menggunakan tiga bahan utama iaitu Anchor Butter, Perfect Italiano Cheese dan Susu Tepung Fernleaf Full Cream yang menjadikan masakan lebih beraroma dan membangkit selera.
Apa yang anda perlu buat untuk MENANG DUIT RAYA ni?
Anda hanya perlu masak apa sahaja menu menggunakan bahan-bahan daripada jenama Anchor, Perfect Italiano atau Fernleaf. Rakam video dan sharekan di Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #RasaMasakChallengexAnchor. Pastikan akaun tak private tau.
Mana tahu anda mungkin pemenang yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai ini. Selamat Mencuba!
#RasaMasakChallengexAnchor #LebihEnakLebihCeria #RasaMasakChallenge
Sambut Tahun Baru Dengan Hidangan Istimewa Yang Menyelerakan
Tidak lama lagi kita bakal meninggalkan 2022. Pastinya banyak kenangan suka dan duka sepanjang tahun ini. Begitu juga dengan koleksi resipi menarik yang telah anda rasa atau cuba di tahun ini.
Sempena meraikan tahun 2023 yang bakal menjelang tiba, jom cuba resipi istimewa yang boleh anda hidangkan buat keluarga dan tetamu yang bakal bertandang ke rumah nanti.
Chef Brian berkongsi dua resipi istimewa sempena Tahun Baru untuk tetamunya Ah Fad iaitu Strawberry Choux Buns with Perfect Italiano Mozzarella dan yang kedua adalah Cheesy Canneloni Cake Masak Merah. Kedua resipi ini menggunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan keju Perfect Italiano Perfect Bakes. Sangat menyelerakan.
Keju Perfect Italiano Mozzarella memiliki tekstur keju yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Keju ini memberi regangan sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan.
Untuk resipi Cheesy Canneloni Cake Masak Merah,Chef Brian menggunakan keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Pencinta keju sangat dialu-alukan untuk mencuba.
Untuk hidangan menggunakan topping atau ditabur pada hidangan yang dibakar contohnya nasi atau pasta, keju Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Gabungan daripada 3 keju iaitu, Cheddar yang berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) dan Parmesan untuk memberikan hidangan dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, keju Perfect Italiano Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Selamat mencuba semua!!
Strawberry Cheese Choux Buns with Perfect Italiano Mozzarella
Pate a choux:
Bahan-bahan:
125 ml (1/2 cawan) air
60 g (1/4cawan) Mentega Anchor (Unsalted)
1 sudu besar gula kastor
75 g (1/2 cawan) tepung gandum
2 telur
Filling Mozarella:
Bahan-bahan:
250 ml (1 cawan) Susu UHT Full Cream Fernleaf
1/2 sudu kecil esen vanilla
4 kuning telur
30 g ( 2 sudu besar) gula perang
30 g (1/4 cawan) tepung jagung
1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
Coulis strawberi, Icing Sugar
Cara memasak:
1.Untuk choux, panaskan air, Mentega Anchor (Unsalted) dan gula. Tutup api dan masukkan tepung sekali gus. Masak sambil mengacau sehingga mendapat doh lembut dan doh mula mengering. Biarkan doh menyejuk. Pukulkan masuk telur. Masukkan dalam piping bag dan pipe saiz yang diinginkan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C untuk 20 min. Buka pintu oven dan tutupkan kembali dan bakar untuk 10 min lagi.
2.Untuk filling, panaskan Susu UHT Full Cream Fernleaf bersama esen vanilla. Dalam mangkuk pukulkan bersama tepung jagung, kuning telur, gula kaster. Masak kembali sehingga memekat. Gaulkan masuk Keju Perfect Italiano Mozzarella.
3.Belahkan choux yang disejukkan, isikan dengan coulis strawberi dan filling. Hiaskan dengan gula aising.
Optional : Craquelin
30 g Mentega Anchor (Unsalted), suhu bilik
30 g gula perang
30 g tepung
Lenyekkan Mentega Anchor (Unsalted) bersama gula perang. Gaulkan masuk tepung. Buatkan satu lapisan 2mm dan bekukan 1 jam. Potong ikut bentuk bulat chou dan letak atas adunan chou sebelum dibakar.
Cheesy Canneloni Cake Masak Merah
Bahan-bahan:
1/2 cawan pasta canneloni -dicelur
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 paket Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 cawan sos masak merah
1 paket Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
Daun selasih segar
Cara memasak:
1.Susunkan canneloni yang dicelur secara menegak dalam loyang bakar bulat yang telah dioles minyak zaitun.
2.Sumbatkan dengan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan daging masak merah.
3.Tuangkan sos masak merah lebihan atas canneloni yang telah disumbat dan taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes.
4.Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C untuk 20 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Sejukkan sebelum dikeluarkan daripada loyang. Hiaskan dengan daun selasih.