Kalau anda suka makan Bergedil, jom twist sikit dan buat Mini Burger Bergedil yang comel, rangup dan penuh rasa. Makan panas-panas memang layan. Nak buat hidangan bertambah enak, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Untuk menambah aroma, gunakan Anchor Unsalted Butter. Memang syok makan bersama seisi keluarga.
MINI BURGER BERGEDIL
Bahan-bahan:
12 biji roti mini burger | dibelah dua untuk 12 hidangan
500gm kentang | potong kiub & digoreng
250gm daging kisar | digoreng
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar bawang goreng
40gm daun sup
5 ulas bawang putih | kisar kasar
150gm Perfect Italiano Mozzarella
1 biji telur | dipukul
Garam secukupnya
30gm Anchor Unsalted Butter
Daun salad
Mayones
Sos cili
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, lenyekkan kentang yang sudah digoreng tadi sehingga hancur. Gaulkan bersama daging kisar, lada hitam, bawang goreng, daun sup, bawang putih dan garam hingga sebati.
Bulatkan bergedil, letakkan keju Perfect Italiano Mozzarella di bahagian tengah dan bentukkan bulat semula. Celupkan bergedil di dalam telur dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Ambil roti mini burger dan sapukan sedikit Anchor Unsalted Butter dan masak di atas kuali hingga sedikit perang.
Di atas roti, letakkan daun salad, sebiji bergedil, mayones dan sos cili. Tutup dengan bahagian atas roti mini burger.
Sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Nasi Pandan Kismis Mentega ni sangat sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang datang ke rumah pada Hari Raya ini. Aroma pandan serta mentega yang memikat selera pasti buat anda tak jemu menikmatinya. Tambahan pula makan bersama Ayam Masak Merah, memang ngam! Untuk nasi lebih sedap, gunakan Anchor Unsalted Butter. Mentega ini merupakan 100% mentega tulen New Zealand. Wajib guna dalam nasi kita. Cubalah nanti. Confirm anak-anak pun suka.
NASI PANDAN KISMIS MENTEGA
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi – cuci bersih
2 cawan air perahan daun pandan
200ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
30gram kismis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh garam
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bunga lawang dan hirisan bawang hingga wangi.
Tuang bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Masukkan air perahan pandan, Anchor Cooking Cream, beras dan garam. Kacau rata lalu didihkan hingga nasi masak.
Apabila bahan cecair telah sejat, masukkan kismis lalu gaul rata.
Tabur lebihan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk pilihan.
Resipi Telur Dadar Thai Berkeju yang mudah nak buat. Tak sampai 10 minit pun dah siap. Makan dengan Nasi Goreng Tomyam memang layan. Nak lebih istimewa, tambahkan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk rasa hidangan yang lebih enak. Gunakan juga Anchor Unsalted Butter untuk memberi aroma. Sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries. Jom cuba.
TELUR DADAR THAI BERKEJU
Bahan-bahan:
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
4 sudu besar minyak masak
3 biji telur
2 sudu kecil sos ikan
2 sudu besar tepung beras
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
20gm daun selasih
Fernleaf Yogurt Mixed Berries
Cara Memasak:
Panaskan Anchor Unsalted Butter.
Di dalam mangkuk, gaulkan telur, daun selasih bersama sos ikan, tepung beras dan kejuAnchor Cheddar Cheese Slices.
Tuangkan telur dalam kuali yang telah dipanaskan.
Masak kedua-dua belah selama 6 minit.
Siap dan boleh dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries.
Jika anda sedang mencari resipi pizza yang mudah dan sedap, boleh cuba resipi Corned Beef Pizza ini. Cara nak buatnya memang mudah sangat. Sekejap je dah siap. Anda pasti puas hati dengan hasilnya. Nak lagi sedap, gunakan keju Perfect Italiano Perfect Pizza untuk hasil pizza yang tidak berminyak. Jom cuba.
CORNED BEEF PIZZA
Bahan-bahan:
1 tin corned beef
1 keping roti pizza
½ tin puri tomato
2 sudu besar oregano
4 ulas bawang putih
1 cawan keju Perfect Italiano Perfect Pizza
1 biji capsicum merah
20gm parsli
Cara Memasak:
Gaulkan puri tomato dengan oregano dan bawang putih. Kemudian, sapukan di atas roti pizza.
Tambahkan keju Perfect Italiano Perfect Pizza, corned beef dan capsicum di atas roti pizza tadi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!