Mini Gimbap atau Mayak Gimbap ini merupakan sajian popular dari Korea yang sangat enak dan mudah disediakan. Bagi anda yang inginkan sajian mudah, sedap tapi ringkas, nah…mini Gimbap ini tentunya pilihan terbaik yang boleh dicuba. Selain inti yang ringkas, anda boleh pelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Pasti puas hati.
BAHAN INTI: Lobak merah – hiris memanjang Hirisan telur dadar Sawi jepun – rebus & tos
CARA MEMASAK: 1.Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan air seperti sukatan masak nasi beras biasa (sukatan air guna jari). Elak masak guna 2 1/2 cawan air kerana nasi akan jadi terlalu lembik.
2. Sagat halus lobak merah kemudian layukan dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Masak hingga airnya kering. Boleh tambahkan secubit garam halus semasa dimasak.
Ads
3. Bersihkan sawi jepun dan celur. Kemudian toskan airnya.
4. Pukul 2 biji telur ayam dan masak seperti menghasikan telur dadar. Hiris halus & ketepikan.
5. Untuk menyediakan mini gimbap, ambil sekeping rumpai laut bersaiz kecil dan ratakan sedikit nasi diatasnya.
6. Susun hirisan lobak merah, telur dan sawi jepun. Gulung kemas. Ulang langkah sehingga bahan-bahan habis.
Ads
7. Akhir sekali, taburkan bijan sangai di atas gimbap. Sedia untuk dinikmati.
8. Gimbap ini boleh dinikmati begitu sahaja atau enak juga dicicah dengan kicap cair.
Siapa suka Cempedak Goreng? Memang nikmat makan panas- panas lepas digoreng.Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Saya kongsi resepi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.
Bahan-Bahan:
300 gram Tepung Beras
2 biji Telur
2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Kapur Makan
Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat
Tepung Beras Gajah Seekor
– Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
– Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita,kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.
Tepung Beras Gajah Lima Ekor
– Sesuai untuk buat laksa
Sambal Totok memang cukup sinonim dengan orang yang berketurunan jawa. Nampak ringkas je tapi sekali cuba memang terpukau habis! Jamah dengan nasi putih je pun dah cukup untuk buat anda tambah nasi 2 kali.
Nak buatnya pun sangat mudah dan hanya guna bahan-bahan ringkas. Nak cuba rasa kehebatan sambal ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
SAMBAL TOTOK JAWA
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis ikut suka banyak mana
Segenggam cili api
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng dan asingkan.
2. Cili api, bawang besar, bawang putih, belacan digoreng hingga layu dan ketepikan.
3. Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi agak-agak hancur sekali dengan ikan bilis.
4. Tambah garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau kalau suka.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!