Mini Gimbap atau Mayak Gimbap ini merupakan sajian popular dari Korea yang sangat enak dan mudah disediakan. Bagi anda yang inginkan sajian mudah, sedap tapi ringkas, nah…mini Gimbap ini tentunya pilihan terbaik yang boleh dicuba. Selain inti yang ringkas, anda boleh pelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Pasti puas hati.

 

CARA MEMBUAT MINI GIMBAP @ MAYAK GIMBAP

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras jepun Sumo (beli online disini)
Kepingan rumpai laut / seaweed (beli online disini)
Bijan sangai (beli online disini)

BAHAN INTI:
Lobak merah – hiris memanjang
Hirisan telur dadar
Sawi jepun – rebus & tos

CARA MEMASAK:
1.Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan air seperti sukatan masak nasi beras biasa (sukatan air guna jari). Elak masak guna 2 1/2 cawan air kerana nasi akan jadi terlalu lembik.

2. Sagat halus lobak merah kemudian layukan dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Masak hingga airnya kering. Boleh tambahkan secubit garam halus semasa dimasak.

IKLAN

3. Bersihkan sawi jepun dan celur. Kemudian toskan airnya.

4. Pukul 2 biji telur ayam dan masak seperti menghasikan telur dadar. Hiris halus & ketepikan.

5. Untuk menyediakan mini gimbap, ambil sekeping rumpai laut bersaiz kecil dan ratakan sedikit nasi diatasnya.

6. Susun hirisan lobak merah, telur dan sawi jepun. Gulung kemas. Ulang langkah sehingga bahan-bahan habis.

IKLAN

7. Akhir sekali, taburkan bijan sangai di atas gimbap. Sedia untuk dinikmati.

8. Gimbap ini boleh dinikmati begitu sahaja atau enak juga dicicah dengan kicap cair.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Mudah Buat.

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.

Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap. Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga.

Cara-Cara Buat Cream Cheese Homemade Guna 2 Bahan Je.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official