Uncategorized

Resipi Mini Keria Gula Melaka. Baking Soda Rasa Crunchy

Share

Resipi mini keria gula Melaka. Baking soda rahsia keria ini crunchy. Sekali hadap dah habis. Dah terfikir apa nak buat untuk minum petang ni? Yelah, anak-anak kan cuti.

Jadi bila semua ada kat rumah, kenalah masak ikut timing; Makan pagi, tengah hari, minum petang makan malam. Bahkan siap supper sekali kan?

 Biasalah tu. Apa kata buat kuih ini untuk minum petang nanti. Buat banyak sikit boleh frozen dan simpan. Kuih mini keria gula Melaka ini paling senang nak buat. Makan sekali hadap je dah habis. Cukup ngam rasa nye. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Inul Daroji

ini ye.

Resipi Mini Keria Gula Melaka

Bahan Keria:

Ubi keledek (rebus)

5 sudu besar tepung gandum – boleh beli online di sini

Sesudu kecil baking soda (atau agak-agak hujung sudu je) – boleh beli online di sini

1 sudu kecil garam – boleh beli online di sini

Bahan Sira (untuk Salut):

1/4 Gula merah@kabung

Sesudu gula pasir – boleh beli online di sini

 Air

Daun Pandan

Bahan lain:

Minyak masak untuk menggoreng- boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Rebus dulu keledek kemudian lenyekkan. Tambah tepung gandum, baking soda dan garam sampai adunan tak melekit dekat jari.

Lepas itu bentukkan ikut selera masing-masing. Buat dalam saiz mini, senang anak-anak nak makan. Comel pulak tu.

Panaskan minyak kemudian goreng sampai bertukar warna gelap sikit. Ketepikan. Ia akan nampak crunchcy di luar lembut di dalam.

Kemudian untuk buat sira; gaulkan semua bahan untuk sira dalam kuali. Masak hingga gula hancur dan likat. 

Masukkan keria tadi ke dalam sira dan gaul sampai sebati. Siap.Mudah je kan. Senang sangat.

Nota: Nak keria rasa crunchcy bila makan, letak baking soda dalm hujung hujung sudu. Letak masa nak uli.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa