Bagi penggemar sajian Cina pasti tidak asing lagi dengan chilli oil atau minyak cili ini. Enak dimakan bersama bubur, sup ayam atau dijadikan sos pencicah dumpling. Walaupun resipinya cukup mudah namun ramai juga yang gagal nak dapatkan Garlic Chilli Oil yang tidak hangus. Kali ini saudari Nor Asiah kongsikan cara untuk membuat Chilli Oil yang sedap, mudah dan dijamin tidak pahit. Rugi kalau tak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Ads
TIP BUAT MINYAK CILI @ CHILI OIL YANG SEDAP & TAK PAHIT
BAHAN A:
Bawang rose – mayang
Bawang putih – cincang halus
BAHAN C:
Minyak masak
Halia
Rempah 4 sekawan
1 biji bawang merah rose – beli online disini
Sichuan peppercorn
BAHAN PERASA:
Garam
Gula
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit cuka
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan goreng bahan A satu persatu. Angkat dan ketepikan.
2. Basuh bahan-bahan B dan sejat. Kemudian masukkan ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 130C selama 20 minit.
3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kering dan kisar halus.
4. Untuk bahan C, panaskan minyak masak dan tumis semua bahan hingga wangi. Kemudian tapis dan ambil minyaknya sahaja.
5. Seterusnya masukkan bahan-bahan B yang telah dikisar ke dalam bekas.
6. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka).
7. Panaskan tapisan minyak dari bahan C tadi dan masukkan ke dalam bahan B. Gaul rata.
8. Masukkan sedikit cuka. Gaul lagi hingga sebati.
9. Akhir sekali masukkan semua bahan A yang telah digoreng.
10. Masukkan ke dalam balang bersih, biarkan sejuk barulah ditutup. Sedia untuk dinikmati.
Hanya orang Negeri Sembilan yang tahu sedap macam mana sambal ni. Makan pula bersama nasi lemak memang teramatlah sedap.Wangi pula baunya.Buatlah untuk sarapan nanti.
Sajian sambal tradisional Melayu kini bukan sekadar hidangan di kampung lagi. Tengok aje hidangan sambal makin lumrah didapati dalam menu bufet dan sajian ala carte di hotel bertaraf 5 bintang dan juga di restoran ‘fine dining.’
Ni min kongsikan 5 variasi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap. Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dalam dan luarnegara pun tau.
Boleh jadi inspirasi untuk sahur dan berbuka nanti
1. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. 4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
2. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 5 minit Cara memasak : Dihidang mentah Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
3. SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN :
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil
5 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar /dikisar
3 ulas bawang putih/dikisar
15 biji cili kering/rebus dan dikisar
200 gm petai /dibuang kulit dan belah
1 asam keping
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak :25 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.
INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sm belacan bakar
150 gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
3 biji limau kasturi/ perah jusnya
2 batang serai /dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK : 1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar benar masak dan garing. 5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 8.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 9.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 10.Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 11.Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya. 12.Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 13.Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 14.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan gril/panggang Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
5. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar/dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar. 7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF :Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Chutney pudina sedap dimakan dengan roti naan, thosai, idli dan nasi. Boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan sampai sebulan. Ia adalah pencicah masakan India yang amat sedap dinikmati.
Jom kita semak resipi perkongsian dari Sheena Haikalserta langkah mudah membuatnya.
CHUTNEY PUDINA
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4 batang cili api
Satu ikat daun pudina (ambik daun sahaja)
Segenggam kelapa parut
Sedikit air asam jawa.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis semua bahan kecuali air asam jawa.
3. Setelah daun pudina layu dan kelapa sedikit garing, tutup api.
4. Masukkan bahan tadi ke dalam mesin pengisar dan masukkan sedikit garam.
5. Masukkan juga air asam jawa dan renjiskan sedikit air.
6. Kisar semua bahan sampai halus.
INFO: Boleh lebihkan cili padi atau kelapa parut jika ingin lebih rasa pedas dan lemak
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...