Bulan Ogos tentunya sangat bermakna but seluruh rakyat Malaysia kerana pada 31 hb adalah hari dimana negara ini mendapat kemerdekaan. Bagi meraikan hari penuh bermakna ini, apa kata anda cuba resipi Mixed Fruit Pastry Cake perkongsian Puan Lina Thomas ini. Unik dan cantik kan? Susunan buah-buahan yang disusun menyamai Jalur Gemilang ni memang kreatif. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE

Resipi Mixed Fruit Pastry Cake Untuk Sambutan Hari Merdeka

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm mentega – suhu bilik beli online disini
  • 150gm gula
  • 2 sudu makan sour cream / yogurt
  • 3 biji telur gred A – dipukul perlahan
  • 1 sudu teh esen vanilla beli online disini
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon
  • 210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder) beli online disini
  • Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.
  2. Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.
  3. Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.
  4. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  5. Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.
  7. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.
  8. Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.
  9. Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.
  10. Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.
  11. Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.
  12. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Mixed Fruit Pastry Cake Untuk Sambutan Hari Merdeka

Kredit resipi & foto: Lina Thomas

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

Ads

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI