1. Didihkan semua. Tuangkan separuh agar-agar dalam bekas (yang ni agar-agar warna biru). Sejukkan, kemudian potong dadu. 2. Baki agar-agar, perahkan sedikit lemon untuk dapatkan warna purple. Tuang dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais. Kemudian, bila dah mengeras, bolehlah potong dadu.
1. Didihkan semua bahan di dalam periuk. Bila dan mendidih, sejukkan. 2. Campurkan agar-agar biru, agar-agar purple, sagu, kuah susu cair dan ais. Sedia dimakan bersama yang tersayang.
Resipi dodol kukus ini sesuai untuk dibuat Ketika teringin nak makan dodol homemade tapi tak rajin untuk mengacaunya.
Tak perlu kacau lama, hanya kukus selama 30 minit dah boleh dimakan. Rasanya tetap enak. Dodol kukus ini cukup terkenal di daerah Temerloh dan ia dimakan dengan tahi minyak.
Bagi yang nak cuba membuatnya boleh gunakan resipi dodol kukus yang dikongsi oleh Mazaliza Mahayuddin.
Cara mudah buat dodol, kukus saja
Bahan A
4 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
2 cawan santan
Sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Sehelai daun pandan
Cara membuat dodol kukus
1. Satukan bahan B dalam periuk kemudian masak hingga hancur dan mendidih. Selepas hancur, tapis.
2. Kemudian satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati. Tapis adunan.
3. Sediakan loyang, lapik dengan daun pisang. Masuk adunan yang telah ditapis ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Bukan kaleng-kaleng resipi yang RASA nak kongsikan hari ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Manalah tahu ada yang sudah agak berasa jemu dengan ayam dan daging. Bolehlah anda cuba pula makan ikan. Ini resipi rendang ikan tongkol.
Lauk pedas selalunya jadi pilihan untuk membangkitkan selera makan. Ini kerana lauk pedas boleh membuka selera dan membuatkan kita rasa nak makan lagi. Katanya, lauk pedas kurang sesuai untuk orang yang sedang diet. Lagi sedap kalau ada masam-masam juga. Hidangan ikan tongkol yang RASA kongsikan ini pasti menepati cita rasa untuk makan bersama keluarga.
IKAN TONGKOL RENDANG ASAM
BAHAN A
• 1 ekor ikan tongkol
• Garam
• Kunyit
• Minyak masak
BAHAN B
• 2 batang serai
• Halia sebesar ibu jari
• 10 biji cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• Kunyit hidup sebesar jari kelingking
• 4 ulas bawang putih
• 2 biji bawang merah
BAHAN C
• Air asam jawa
CARA MEMBUAT
1. Cuci bersih ikan tongkol. Lumurkan garam dan kunyit. Panaskan minyak masak dan goreng sekejap, jangan terlalu garing.
2. Sementara ikan digoreng, bahan-bahan B dikisar kasar. Kalau rajin, nak tumbuk pun boleh.
3. Angkat ikan dan kurangkan sedikit minyak dalam kuali tadi. Tumis bahan-bahan kisar tadi.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam kuali tadi dan kacau sampai pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ikan. Kacau-kacau kejap dan tutup api. Sedia dihidang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!