1. Satukan semua bahan dan perap selama 1 jam. 2. Sediakan acuan dan oleskan minyak sedikit. Panaskan air kukusan. 3. Adunan dah kembang, kacau semula. Ambil sesudu dua untuk buat warna sebagai hiasan.
4. Tuangkan sedikit adunan dalam acuan, anggaran sesudu kecil. Masukkan inti dan tuang lagi adunan hampir penuh acuan. 5. Buat sampai siap semua. Hiaskan dengan sedikit yang berwarna, boleh gunakan lidi untuk buat hiasan lorekan. Kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana besar. Siap.
Rempah giling memang mempunyai rasa yang sangat enak berbanding serbuk rempah sedia guna yang banyak dijual di pasaran. Aroma serta keaslian rasanya membuatkan hidangan menjadi kegemaran ramai. Nak cuba buat rempah giling untuk masak Gulai Ikan? Saudara Muhamad Farid Omar ada kongsikan resipi perkongsian dari ibunya. Selamat mencuba dan moga bermanfaat.
RESIPI REMPAH GILING HOMEMADE UNTUK MASAK GULAI IKAN
(NOTA: Tiada sukatan tepat. Ibu empunya resipi hanya agak-agak dan ambil sukatan guna tangan sahaja)
CARA MEMBUAT: 1. Satukan rempah biji, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan cili kering. 2. Rendam seketika ( beberapa saat sahaja) di dalam air panas. Tapis dan toskan sampai kering airnya. 3. Untuk proses mengguling, mula-mula, giling dulu kunyit hidup hingga sedikit hancur. 4. Kemudian campur pula bahan-bahan rempah yang direndam dengan air panas tadi. Giling hingga lumat.
5. Bila rempah dah kelihatan lumat, masukkan bawang merah dan vawang putih. Giling sampai bawang lumat dan sebati. 6. Lurutkan sisa rempah pada batu giling dan bulatkan. Sedia digunakan untuk masak Gulai Ikan.
TIP & PETUA:
1. Masa giling, rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
2. Kalau rempah agak kering, boleh titiskan air masa proses giling. Sebab itu kena giling kunyit hidup terlebih dahulu kerana kunyit akan keluarkan air. 3. Teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling. Pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan ke bawah. Kalau betul teknik dia, boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis. 4. Gulai nak rasa sedap, masa akhir sekali, masukkan kepala santan (santan paling pekat dari perahan pertama). Kacau sekejap dan tutup api. 5. Gulai ni kalau masak guna periuk tanah lagi sedap dan aroma rempah sangat best.
Penkek sangat digemari oleh anak-anak dan mudah saja membuatnya. bahan asasnya menggunakan tepung gandum, telur,
gula dan susu sudah membentuk adunan. Untuk menambah rasa yang lebih enak, boleh daja menambah mentega, sirup maple atau madu. Ia juga boleh dimakan dengan keju, buah beri dan hirisan daging.
Bahan-bahan :
2 butir telur
80ml susu cair
50gm keju cheddar, parut
60gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh garam
Jam Blueberry secukupnya
Cara memasak:
1.Kocak telur, susu cair dan keju parut.
2.Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaul rata.
3.Tuang satu senduk sayur ke atas kuali tidak melekat . Biarkan hingga masak.
4.Sapu blueberry di atasnya. Siap untuk dihidang.
Creampuff sering menjadi kudapan minum petang. Ia sedap dinikmati bersama teh mahupun kopi. Creampuff juga boleh dipelbagaikan filling dan yang biasa kita nikmati bersos kastard. Buat yang pertama kali membuatnya, eloklah ikut langkah yang dikongsikan ini, takut tak menjadi kalau tidak ikut langkah yang tepat. Kalau dah berjaya nanti, bolehlah buat jualan. Selamat mencuba.
Filling untuk creampuff
Bahan-bahan: 1 1/4 cawan susu segar
2 biji kuning telur
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar unsalted butter
1 cawan non-dairy whipping cream
Cara membuat:
1.Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu.
2.Panaskan susu segar (letak dalam periuk), tak perlu sampai menggelegak pun.
3.Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.
4.Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana.
5. Masukkan esen vanila , teruskan kacau.
6.Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.
7.Agak-agak dah dekat 2 jam tu, bolehlah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang dan gebu.
8. Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit.
9. Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti.
Puff Bahan-bahan: 1 cawan air 1/2 cawan butter 1 sudu besar gula 1/4 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila -BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 3-4 biji telur
Cara membuat: 1.Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana. Jangan api tu macam nak goreng ayam. 2.Letakkan esen vanila . 3.Tuang semua tepung gandum sekaligus.
4.Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit. 5.Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan letak sekaligus. Letak sebiji, mix. Kemudian ulang. Sis guna 3 biji telur. Bergantung pada saiz telur. 6.Adunan akan jadi berkilat dan tak terlampau pekat/cair. 7.Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai. Sis guna bentuk tu tapi bila dah bakar jadi bulat.
8. Buat la bentuk macam mana korang suka, nak buat besar ke nak buat baby size ke, terpulang pada selera masing-masing. Bakar pada suhu 160c 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing)
9. Masa ni dah happy lah sebab mengembang dengan jayanya.
10. Nak tau puff korang tu berjaya atau tidak, belah tengah, dalam tu kosong. Macam “angin” je. Kalau tekan takda isi. Tu kira berjaya la.
Tip: Cara letak cream dalam puff ni optional lah nk tebuk dari bawah puff atau belah tepi. Sis buat dua-dua cara Kredit:Nuralia Idayu