Tercari-cari resipi Ayam Bakar Black Pepper yang sedap dan mudah untuk dimasak? Resipi perkongsian saudari Dani J Thang ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah resipinya dan tidak renyah. Paling penting, rasanya juga enak. Memang berselera makan. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakannya.
MASAK SENDIRI AYAM BAKAR BLACK PEPPER SEDAP
BAHAN A:
- 1/2 ekor ayam – cuci bersih & toskan
BAHAN B (KISAR @ TUMBUK):
- 1 batang serai
- 5 ulas bawang putih
- Sedikit halia
BAHAN C (KUANTITI SESUAI SELERA):
- Sedikit sos tiram – beli online disini
- Sos cili – beli online disini
- Sos tomato – beli online disini
- Serbuk kunyit – beli online disini
- Lada hitam serbuk – beli online disini
- Lada hitam hancur – beli online disini
- Sedikit lada putih – beli online disini
- Garam
- Sedikit minyak masak @ minyak bijan – beli online disini
- Lebih kurang 1 sudu besar planta / marjerin – beli online disini
BAHAN D:
- Gula @ madu secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C.
2.Masukkan bahan B dan gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30 minit.
3.Untuk bahan D, ia adalah pilihan. Boleh abaikan jika tidak suka. Empunya resipi letak madu supaya nanti ayam tidak rasa masin sahaja.
4.Jika guna gula, terus masukkan dan kacau bersama dalam bahan perap tadi.
5.Jika guna madu, sapu pada ayam bila dalam 10-15 minit ayam nak masak supaya nampak cantik berkilat.
6.Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Empunya resipi guna suhu bawah 180C, atas 150C dan bakar lebih kurang 1 jam 30 minit.
Kredit resipi & foto: Dani J Thang
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.
Masakan Kelantan memang cukup terkenal dengan aneka pilihan yang enak serta membuka selera. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang senarai makanan Kelantan ni. Ada diantaranya yang jarang dijumpai. Untuk memartabatkan kembali sajian asli Kelantan kepada generasi muda, saudari Wan Nor Susy Susanthy bermurah hati untuk berkongsian sajian warisan negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama para pembaca RASA. Semuanya resipi turun temurun yang sangat enak dan mudah disediakan.
1. TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang
- 500gm tulang / tengkuk/kaki ayam
- 10 tangkai kacang panjang – potong panjang 2 inci
- 6 tangkai cili kering
- 10 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia 1 inci lengkuas
- 5 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan kerisik
- 1 biji kelapa – ambil santannya
- 1-2 keping asam gelugur @ asam jawa secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ambil jantung pisang dan hiris halus. Rendam dalam air garam anggaran 30 minit untuk membuang getahnya. Kemudian perah dan keringkan airnya. Ketepikan.
2. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering dan cili padi hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan rempah kari. Masak lagi seketika. 5. Masukkan tulang, tengkuk dan kaki ayam. Masak hingga empuk.
6. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tambahkan hirisan jantung pisang dan kacang panjang. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan kerisik, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
9. Masak lagi hingga mendidih dan terbit minyak. Angkat dan boleh dihidangkan.
INFO:
* Hidangan ini sangat terkenal di negeri Kelantan. Kebanyakan dihidangkan semasa kenduri@sebagai juadah harian.
*Ada sesetengah masak hidangan ini menggunakan Kacang Panjang@Cendawan Sisir sahaja (hanya pada musim tengkujuh di Pantai Timur)
2. BUDU TUMIS KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg santan pekat (1 Biji Kelapa)
- 8 ulas bawang merah – kisar
- 2 ulas bawang putih – kisar
- 2 inci halia – kisar
- 3 batang serai – kisar
- 3/4 senduk kecil cili kering kisar lumat
- 3 keping asam gelugur
- 1 botol budu kampung @ budu botol
- Gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan kisar hingga halus. Kemudian masak dengan santan serta cili kering hingga pecah minyak.
2. Masukkan budu. Masak hingga terbit minyak.
3. Tambahkan asam gelugur, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
4. Bila budu tumis kelihatan agak pekat, padamkan api dan sejukkan.
5. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih. Untuk menikmatinya, ambil budu tumis, patahkan cili, perah limau nipis dan cicah bersama ikan panggang tawar.
6. Jika ada lebihan, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 6 bulan.
INFO:
*Jika nak buat dalam jumlah yang banyak, tambah kuantitinya.
* Budu Tumis ini sesuai untuk Nasi Putih. Budu Tumis untuk Nasi Kerabu, resipi dan cara masaknya berbeza.)
* Hidangan ini sangat terkenal di kalangan generasi lama kerana cara membuatnya agak rumit.
3. JERUK PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat petai
- 6-8 biji cili padi
- Garam kasar secukupnya
- Air masak
CARA MEMASAK:
1. Rebus@celur petai bersama kulitnya seketika. Angkat dan toskan air.
2. Bila petai telah sejuk, picit kulit petai dan ambil isinya. Basuh dan toskan sekali lagi.
3. Masukkan isi petai ke dalam botol bersih bersama dengan air masak, sedikit garam dan cili padi. Elak letak garam terlalu banyak kerana ia akan masin.
4. Simpan botol petai jeruk di tempat kering supaya tahan lama.
5. Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.
INFO:
*Petai jeruk biasanya diperam 2-3 hari @ seminggu supaya rasanya lebih sebati.
*Sedap dimakan bersama Ikan Panggang Tawar@Ikan Rebus dan dipenyek cili.
*Jeruk Jering juga boleh dibuat cara yang sama cuma Jering tidak perlu direbus. (guna jering semai baru sedap dimakan kerana rasanya yang lebih rangup.)
4. SOLOK LADA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg ikan selayang /sardin – direbus dan ambil isinya
- 14 biji cili solok @ cili hijau – buang biji
- 1 biji kelapa muda – diparut (separuh kelapa parut disangai hingga agak kekuningan (dijadikan Kelapa Goreng)
- Santan secukupnya – anggaran 1/2 – 1 cawan
- 7 biji bawang merah – tumbuk halus
- 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 1 inci Halia
- 2 batang serai – ditumbuk halus
- 1/2 sudu teh lada hitam
- Sedikit Jus Asam Jawa
- 10-12 tangkai kacang panjang @ pucuk Ubi Kayu
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili hijau, belah panjang bagi membentuk poket dan buang bijinya. Ketepikan.
2. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai,halia garam dan gula hingga halus.
3. Tambahkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulang dan kulit. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam bekas besar.
4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kelapa goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi hingga lumat. Tuang ke dalam bekas berisi ikan tadi.
5. Gaul rata semua bahan dan kelapa tadi hingga rata.
6. Ambil bahan tumbuk dan isikan ke dalam cili hingga mampat. Lakukan hingga habis.
7. Ambil periuk bersesuaian, susun(lapik) kacang panjang@pucuk ubi di dasarnya sebagai alas. Fungsinya supaya manis air kacang@pucuk ubi menyerap pada Solok Lada.
8. Tuang santan, tutup periuk dan rebus Solok Lda Periuk guna api sederhana hingga cili masak dan lembut.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
5. SIRA ROTI GULA
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti bata @ roti babu
- 3 biji telur
- 1 cawan air – boleh lebihkan
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1-2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan hiris nipis-nipis. Kemudian celup dalam telur yang telah dipukul.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng roti yang dicelup tadi. Lakukan hingga habis. Angkat dan letak dalam pinggan.
3. Dalam periuk berlainan, rebus air bersama daun pandan, gula, bunga cengkih dan sedikit air gula untuk dijadikan air gula.
4. Bila gula telah larut, tuang air gula tadi pada roti yang telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas dan mempunyai rasa lemak manis.
6. SIRA ROTI SANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti bata @ roti Babu
- 2 cawan santan
- Sedikit air
- 2-3 biji telur
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
- 1/2 cawan gula
- 1-2 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Potong kecil roti dan celup dalam bancuhan telur yang telah dipukul.
2. Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng roti telur tadi sekejap sahaja (hingga sedikit garing). Ketepikan.
3. Untuk menyediakan kuahnya, masukkan santan, gula, garam, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
4.Masukkan roti yang digoreng tanpa minyak tadi. Masak sehingga roti sedikit lembut.
5. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Enak Dinikmati Sejuk
7. PINDANG TAPAI UBI (PENCUCI MULUT MUSIM TENGKUJUH)
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan gula
- Tapai Ubi Kayu
- 1 helai daun pandan
- Sedikit kiub ais
CARA MEMASAK
1. Masak santan bersama gula hingga larut. Kemudian masukkan daun pandan.
2. Bila santan kembali mendidih, masukkan tapai masak seketika.
3.Angkat dan masukkan sedikit kiub ais. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
INFO:
Pencuci mulut ini popular semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur..Enak dimakan bersama pulut putih@Kosong
Kredit resipi & foto: Wan Nor Susy Susanthy Bt Wan Abdul Nasir ( FB: Susy Susanthy)
Cara Buat Ayam Masak Ungkep Yang Sedap, Pedas & Membuka Selera
Ayam masak ungkep merupakan salah satu masakan yang popular dalam kalangan orang Jawa. Masakan ini menggunakan cili padi dan memang sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas. Kali ini kami kongsikan resipi yang kuahnya tidak terlalu basah dan kering sedikit seperti masak rendang. Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi oleh Puan Amira Husin ini.
AYAM MASAK UNGKEP
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul ayam
- 1 biji bawang besar – beli online DISINI
- 2 inci halia – beli online DISINI
- 10 biji cili api hijau
- 4 ulas bawang putih – beli online DISINI
- 2 inci kunyit hidup – beli online DISINI
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar ketumbar
- 2 batang serai – beli online DISINI
- 1 sudu besar gula melaka – beli online DISINI
- Sedikit serbuk kunyit – beli online DISINI
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh ayam yang sudah dipotong bersih-bersih.
2. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
3. Gaul seperti ini dan rehatkan di tepi.
4. Sementara itu, sediakan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar.
5. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar dengan sedikit minyak masak.
6. Kisar halus seperti ini.
7. Panaskan minyak di dalam kuali.
8. Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.
9. Masukkan ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam tadi. Gaul rata.
10. Masukkan serai dan gaul rata.
11. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga masak.
12. Siap.
Kredit resipi & foto: Amira Husin
Anda mencari MESIN PENGISAR? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Masak Ayam Singgang Kelantan Yang Mudah, Cepat & Menyelerakan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
6 Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Taucu. Ringkas, Mudah & Sedap!
Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1. TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
- Ikan Tenggiri yang dah digoreng
- 1 inci halia – dihiris
- 4 biji bawang merah – dihiris
- 1 biji bawang holland – dihiris
- Lada besar – dihiris panjang
- Cili api
- Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
- 3 sudu makan taucu
- 6 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
- Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
- Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin
2. TAUCU PETAI
BAHAN-BAHAN:
- Petai
- 1 biji bawang besar – hiris
- 10 biji cili api hijau – tumbuk
- 2 biji cili merah – tumbuk
- 2 sudu makan taucu
- Sedikit belacan
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
- Setelah layu, masukkan taucu.
- Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
- Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Filzati
3. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
- 3 biji bawang merah – dipotong
- 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
- 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
- 2 biji cili hijau – dipotong
- 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
- 4 biji cili padi merah – potong halus
- 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
- Minyak untuk menumis
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
- Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
- Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
- Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud
4. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland – dicincangkan
- 1 labu bawang putih – dicincangkan
- 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
- 1 sudu besar taucu tamin
- 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1 batang daun bawang – hiris kecil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
- Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
- Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na
5. TIMUN MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang timun – hiris panjang
- 3-4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 3 biji bawang merah – hiris
- 1-2 sudu makan taucu
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis
- 1 keping asam keping/ gelugor
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
- Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
- Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
- Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
- Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Fizah Nasir
6. AYAM MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 6-7 ketul ayam
- 3 biji bawang merah – hiris
- 3-4 ulas bawnag putih – hiris
- 1cm halia – hiris halus
- 3-4 biji cili padi – hiris ( kalau tak suka pedas, boleh ganti dengan cili emrah atau cili hijau)
- 2 sudu makan taucu
- 1 mangkuk air asam jawa – masam ubahsuai ikut citarasa
- 1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng ayam seperti membuat ikan masak taucu. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi.
- Kemudian masukkan taucu.Gaul rata.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kiub pati ayam. Biarkan seketika dan rasa. Tambah garam jika perlu sahaja.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fadhilah Alattas Syed Mahusin