Resipi Mudah Ayam Goreng Berempah Untuk Suri Yang Baru Belajar Masak

Share

Resipi mudah ayam goreng berempah cukup untuk satu keluarga.

AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 5 batang serai – dihiris nipis
  • 3 inci halia- dihiris nipis
  • 1 labu bawang puteh – dihiris nipis
  • 4 ulas bwang merah – dihiris nipis
  • 3 sudu besar cili yang dikisar
  • 4 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit cuka

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus serai, halia, bawang merah dan putih.
  2. Kemudian gaulkan semua bahan-bahan itu dengan ayam.
  3. Masukkan juga cili kisar, garam, gula, rempah kari, serbuk kunyit dan sedikit sahaja cuka.
  4. Perap dalam 1 jam atau lebih. Atau boleh simpan dalam peti sejuk dan goreng bila perlu.
  5. Sedia untuk di goreng. Pada yang suka bau wangi daun kari boleh masukkn daun kari.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rohana Muhammad

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

 

Published by
Zera Naim