Ayam goreng pastinya menjadi kegemaran serta pilihan ramai terutamanya anak-anak. Tetapi jika buat sendiri secara ‘homemade’, ada kalanya hasil tidak secantik ayam goreng yang dibeli di restoran makanan segera tu.

Kini, anda boleh hasilkan hidangan ayam goreng sama seperti yang dibeli di restoran. Macam mana? Ha..Gunalah Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA! Mudah, enak malah lebih jimat!

AYAM GORENG KENTUCKY AROMA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam
  • 60gm Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky (Pedas )AROMA
  • 120ml air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky (Pedas ) AROMA dan air ke dalam mangkuk. Bancuh hingga sebati.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  3. Perap ayam selama 30 minit.
  4. Ambil ayam yang telah diperap tadi, gaul dalam Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky (Pedas )AROMA hingga sekata.
  5. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak dan goreng ayam pada suhu 160C sehingga masak dan kuning keemasan.
  6. Sedia untuk dinikmati!

 

JOM DAPATKAN TEPUNG AROMA PERCUMA!

Anda juga boleh mendapatkan Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa asli, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa pedas dan Tepung Goreng Tempura AROMA ini di FESTIVAL HALAL SELANGOR 2017!

Resipi Mudah Ayam Goreng Kentucky Aroma. Rangup, Enak & Jimat!

Festival yang bakal berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember di Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini diadakan untuk mempromosikan logo halal Selangor dan premis atau syarikat yang berjaya diberikan pensijilan halal. Terdapat hampir 156 gerai jualan dibuka termasuk kira-kira 30 ‘food truck’ yang diadakan sepanjang festival itu berlangsung. Memang best kalau bawa keluarga dan anak-anak datang ke sini.

Bila dah datang, jangan lupa untuk terjah booth bernombor 118 & 119 kerana produk-produk AROMA ada dekat sini! Memang rugi sangat kalau tak singgah. Terdapat banyak tawaran hebat serta aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan kepada para pengunjung!

APA YANG MENARIK TU??? 

  • PERCUMA Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky kepada 30 pelanggan pertama booth AROMA pada setiap hari.
  • HARGA DISKAUN untuk produk-produk tepung AROMA yang ternyata lebih murah dari harga pasaran.
  • SAMPLE MAKANAN PERCUMA Tanpa Henti yang dimasak menggunakan 4 jenis tepung AROMA.
  • DEMONSTRASI MASAKAN oleh Chef Andri pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 4-6 petang.

Ha…Inilah masanya untuk anda nikmati sendiri keasyikan serta keenakan produk-produk AROMA ini. Malah boleh juga beli dengan harga lebih murah! Memang sangat berbaloi. Percayalah, anda pasti akan menggemarinya. Jangan lupa datang beramai-ramai ya!

 

AROMA, JENAMA TEPUNG GORENG RANGUP SERBAGUNA PILIHAN NO 1 RAKYAT MALAYSIA

 

AROMA adalah jenama tepung goreng rangup serbaguna terulung di Malaysia dan mula menguasai pasaran bermula pada tahun 2001. Ia merupakan produk keluaran tempatan yang dihasilkan oleh syarikat Industri Makanan Jati dan diasaskan oleh Encik Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek. Beroperasi sepenuhnya di Shah Alam, Selangor, AROMA adalah jenama tepung gorengan serbaguna yang menjadi pilihan serta kegemaran para suri rumah dan pengusaha-pengusaha makanan di seluruh Malaysia.

IKLAN

Resipi Mudah Ayam Goreng Kentucky Aroma. Rangup, Enak & Jimat!

Sejak ditubuhkan, AROMA sangat komited dan memberikan fokus yang sangat mendalam bagi membangunkan produk-produk terbaik dari segi kualiti, rasa serta kepuasan kepada para pelanggan. Setelah bertapak selama 16 tahun dalam industri, kini AROMA terus berdiri gah mengembangkan empayar produk-produk terbaik mereka dengan mempunyai perniagaan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuklah negara-negara luar seperti Brunei, Indonesia dan Hong Kong.

RANGKAIAN PRODUK

Mahir dalam memenuhi kehendak dan kemahuan para pengguna, setiap produk AROMA dihasilkan dari bahan-bahan mentah berkualiti serta mempunyai sijil MeSTI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia bagi memastikan kehendak serta kepuasan para pengguna dapat dicapai serta para pengguna dapat menggunakan produk-produk ini dengan lebih yakin dan tanpa rasa was-was.

Resipi Mudah Ayam Goreng Kentucky Aroma. Rangup, Enak & Jimat!

AROMA menghasilkan pelbagai jenis tepung goreng rangup serbaguna yang dapat memenuhi segala kehendak serta keperluan pelanggan. Bermula dari kegunaan harian para suri rumah hinggalah perniaga gerai dan pasar malam serta pengusaha industri makanan, semuanya ada disediakan oleh syarikat ini. Bahkan, untuk kemudahan para pelanggan juga, produk-produk AROMA didatangkan dalam variasi saiz pek yang berbeza iaitu 200gm, 300gm, 1 kg, 5 kg dan juga 20kg.

Antara variasi tepung goreng rangup serbaguna di bawah jenama AROMA ialah Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa asli, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa pedas dan Tepung Goreng Tempura. Malah bagi kegunaan para peniaga terutamanya peniaga pasar malam, AROMA juga ada mengeluarkan Tepung Goreng Rangup Serbaguna bersaiz 3kg yang semestinya sangat praktikal, berkualiti serta menjimatkan.

KEISTIMEWAAN PRODUK AROMA

Resipi Mudah Ayam Goreng Kentucky Aroma. Rangup, Enak & Jimat!

Kesemua produk-produk ini mempunyai keistimewaan serta fungsinya yang tersendiri dalam menghasilkan makanan-makanan yang terbaik. 

  1. KEKAL RANGUP DALAM JANGKAMASA YANG LAMA
  • Pisang yang digoreng menggunakan produk Tepung Goreng Pisang AROMA terbukti kekal rangup walaupun telah sejuk dan lebih dari 3 jam selepas dimasak. Malah rasa pisang goreng juga kekal enak dan tidak menjejaskan kualitinya. Ini pastinya memudahkan, menguntungkan serta memberi manfaat kepada pengguna terutamanya para peniaga makanan.
  1. BEBAS TELUR
  • Istimewa tepung-tepung AROMA ini, ia tidak memerlukan sebarang telur sebagai bahan salutan. Hanya perlu bancuh tepung AROMA bersama air mengikut sukatan yang diberikan sahaja dan masak mengikut aturan yang disediakan. Hasilnya, masakan bergoreng enak serta lazat sedia untuk dinikmati.
  1. JIMAT WANG
  • Kos penyediaan makanan juga lebih jimat dengan menggunakan Tepung Goreng Rangup Serbaguna AROMA. Ini kerana hanya sedikit sahaja tepung digunakan untuk menghasilkan makanan bergoreng yang sempurna. Bagi pek bersaiz 1 kg, ia boleh digunakan untuk menghasilkan 4kg ayam goreng. Wow! Memang berbaloi dan ‘value for money’ terutamanya jika anda seorang peniaga makanan.
  1. HASIL GORENGAN YANG SEMPURNA
  • Tepung Tempura AROMA juga sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan hidangan tempura bagi udang, sotong dan aneka sayur-sayuran. Tiada lagi masalah salutan tepung yang lembik atau tidak melekat. Dengan produk AROMA, anda mampu menjadikan setiap makanan bergoreng bersalut elok dan dimasak sempurna persis air tangan chef terkemuka.
  1. TIDAK SERAP MINYAK
  • Setiap hidangan yang digoreng menggunakan Tepung Goreng Serbaguna AROMA juga direka supaya tidak menyerap minyak. Oleh itu setiap hidangan yang anda hasilkan pastinya lebih sihat, rasa lebih enak serta kurang kolesterol. Malah anda juga boleh jimatkan penggunaan minyak masak. Bestnya!

BERKUALITI TINGGI & HALAL

Kepakaran syarikat Industri Makanan Jati dalam menghasilkan aneka Tepung Goreng Rangup Serbaguna jenama AROMA memang tidak disangkal lagi dan itulah faktor yang menjadikan jenama ini berbeza daripada produk seumpamanya yang lain di Malaysia. Demi menghasilkan produk yang terbaik, banyak kajian serta penyelidikan dilakukan dalam usaha untuk membuat pembaharuan bagi memenuhi setiap inci keperluan pelanggan yang semakin meningkat di seluruh negara.

IKLAN

Resipi Mudah Ayam Goreng Kentucky Aroma. Rangup, Enak & Jimat!

AROMA amat memberi penekanan terhadap keselamatan dan kualiti makanan demi menjaga serta memenuhi kehendak para pengguna. Ini terbukti dari segi pemilihan bahan mentah, hanya bahan-bahan terbaik dan berkualiti sahaja digunakan untuk menghasilkan produk-produk AROMA. Rempah-rempah juga diimport dari luar negara bagi memastikan rasa serta hasil produk berada di tahap yang terbaik serta konsisten. Malah dari segi pembungkusan, syarikat ini menggunakan mesin-mesin moden bagi menjamin kebersihan, kualiti serta kuantiti pengeluaran produk yang lebih banyak.

Demi keselesaan pengguna yang beragama Islam, kesemua produk-produk AROMA yang dipasarkan mempunyai sijil Halal yang disahkan oleh JAKIM. Oleh yang demikian, para pengguna dapat menggunakan produk ini dengan yakin dan tanpa ragu-ragu.

 MENEPATI CITA RASA TEMPATAN

Seiring dengan usianya di pasaran, produk-produk AROMA pastinya memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Malah dengan sokongan ini juga telah menempatkan jenama AROMA di puncak kegemilangannya yang tersendiri. Ia terbukti dengan penerimaan anugerah The Golden Bull Award 2017- Oustanding SMEs dimana anugerah ini adalah salah satu penghargaan kepada usahawan-usahawan yang berjaya membina empayar perniagaan yang berjaya serta menjadi inspirasi kepada pemain-pemain industri yang lain.

Resipi Mudah Ayam Goreng Kentucky Aroma. Rangup, Enak & Jimat!

Ingin mencuba produk-produk AROMA? Anda boleh mendapatkannya dari pusat-pusat membeli belah terkemuka seperti pasaraya Mydin, Giant, NSK, Hero, Tesco, Tunas Manja, Aeon Big dan juga kedai-kedai runcit berhampiran.

 

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI