Kalau dah tak tahu nak masak apa, lauk Ayam Kicap sering menjadi pilihan orang ramai sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi panas. Resipi Ayam Kicap Kering ni memang sedap dimakan walaupun hanya satu lauk tu sahaja yang ada.Kalau tak percaya, boleh cuba dulu resipi Ayam Kicap Kering ni nanti.Gerenti tak menyesal.
AYAM KICAP KERING
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
1/2 ekor ayam
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah ros
1 inci halia
3 hingga 4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Cara Penyediaan
Potong kasar cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah, halia dan tumiskan sehingga naik aroma.
Ayam dipotong kecil-kecil supaya cepat masak dan tumiskan.
Bila ayam tampak kuning dan sedikit masak, capai kicap lemak manisdan curahkan atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.
Capai pula sos cili dan sos tomato, masukkan. Selain memberi rasa, sos-sos ini juga membantu pekatkan kicap.
Godek sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Ayam ini kita nak dia pekat dan kalau boleh sampai kering. Kuah dia semua nanti lekat pada ayam. Boleh juga letakkan bawang Holland.
Bila dah kering, letaklah apa-apa bahan hiasan. Siap dan boleh dihidang.
Ayam antara lauk murah dan paling disukai oleh anak-anak dan boleh dipelbagaikan menu. Ini ada tiga resipi ayam yang ringkas, sedap, mudah disediakan dan comfirm disukan seisi keluarga terutamanya anak-anak. Anda boleh pilih mana satu resipi paling disukai keluarga, atau boleh saja buat semuanya di hari lainnya.
AYAM BUTTERMILK BAHAN-BAHAN: 2 ketul keping isi ayam bahagian dada | potong dadu. 1/2 tin susu cair 3 ulas bawang putih | hiris halus 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar | potong dadu 4 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 4 biji cili padi | hiris BAHAN SALUTAN AYAM: 2-3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk kari 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam yang telah dipotong tadi dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke dala ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
AYAM MASAK KICAP DAUN KARI BAHAN-BAHAN: 5 ketul ayam | gaul garam dan serbuk kunyit 1 tangkai daun kari 1/2 cawan kicap manis 1/2 cawan air 1/2 biji limau purut / 1 sudu air asam jawa 1/2 biji bawang besar | hiris bulat 5 cili padi hijau | belah 2 Garam secukup rasa Minyak secukupnya BAHAN KISAR: 5 cili kering 2 bawang putih 1/2 biji bawang besar
CARA MASAK:
Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Tak perlu goreng garing, sekadar separuh masak sahaja.
Selepas goreng ayam, tinggalkan agak- sgak 2 sudu besar minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumis daun kari.
Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
Masukkan kicap manis dan 1/2 cawan air.
Masuk pula ayam goreng ,garam dan jus limau purut.
Sesiaikan rasa dan tabur bawang hiris,cili padi hiris dan matikan api.
Aduhai sape suka lauk macam gini? Paduan ayam bersama petai memang membuka selera. Orang lalu sebelah pun dah tak peduli. Sangat mudah menyediakannya. Yang penting sedap dan bertambah makan. Jom buat.
Ayam Petai Bercili
Bahan-bahan:
Ayam 1/2 ekor
Petai (ikut suka nk letak bnyk ke sikit)
*Bwg besar 1 biji
*Bwg putih 5 ulas
*Cili api 15 biji ( klu nk.pedas tambah lebih)
*Cili hijau 3 biji
Kiub pati ayam knoor 1
Garam n gula sedikit
*klu nk.letak belacan sikit pn bole tp sis tak letak
Cara memasak:
1.Basuh ayam dn toskan, gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dn garam
2.Goreng ayam separa masak
3.Blender bahan yg bertanda *
4.Minyak lebihan yg goreng ayam td tumiskan bahan yg bertanda *
5.Dah agak garing masukkan petai dn kiub pati ayam
6.Masukkan ayam dan gaul sebati
7.Perasakan dgn garam dan gula sedikit
8.Siap untuk dihidang.
Resipi kepak ayam mudah mengikut citarasa kita. Ratah kepak ayam enak rasa manis, masin & pedas. Jika ingin pedas boleh lebihkan lada hitam atau mahu rasa manis boleh lebihkan madu.
KEPAK AYAM SWEET & SPICY
BAHAN-BAHAN
10 kepak ayam – siang dan bersihkan
10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
2 inci halia – ditumbuk halus
serbuk kunyit
kicap manis
sos tiram
madu
sos cili pedas
serbuk sweet paprika@serbuk cili
serbuk lada hitam
garam
gula
serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan secukup rasa.
Perap selama sejam atau lebih.
Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak
Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.