Ayam Masak Cencaluk. Menu yang sangat ringkas, mudah dan sedap yang anda boleh masak sebagai sajian keluarga tercinta. Menu ini boleh tahan enaknya bahkan satu ketika dahulu, Tuanku Permaisuri Agong juga pernah berkongsi resipinya di IG Story Dato Rizalman. Nak cuba? Saudari AnieyRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bagi anda yang masih bercuti sempena Tahun Baru Cina, boleh lah mencuba biskut coklat rice untuk kudapan masa berkumpul ahli keluarga. Kaya dengan rasa koko dan nestum yang rangup memang cepat habis sebalang ni.
Bagi memewahkan lagi rasa coklatnya, bolehlah disapu coklat masaskan dan ditabur coklat rice di atasnya, memang legend lah biskut nih
1.Kacau mentega +gula aising hingga sebati, pakai senduk sahaja jangan guna mixer, kacau sekejap tak perlu lama nanti dia kembang pulak
2. Masukkan telur, susu tepung, dan nestum dan kacau lagi
3. Masukkan koko, tepung gandum, tepung jagung dan kastad, yg dh ditapis. (masuk sikit2 hingga x melekat di Tgn) Gaul sebati , kalau lembik lagi tambahkan tepung gandum.
4. Tekapkn guna acuan, bakar hingga masak.
5. Bila dah sejuk, celupkan coklat dan tabur coklat rice
6. Biar coklat keras baru simpan dalam balang biskut.
Sotong Sumbat ni kalau beli, memang harganya mahal. Tak puas makan. Menerusi perkongsian saudari Qurra Rahman, beliau kongsikan cara-cara nak masak menu Sotong Sumbat paling padu. Sedap….Berbaloi cuba.
CARA MASAK SOTONG SUMBAT SOS ALA THAI PADU
BAHAN-BAHAN:
9-10 ekor sotong – bersihkan
4 biji telur
2 ulas bawang putih – tumbuk
Bawang Holland secukupnya – potong dadu
Daun ketumbar secukupnya – hiris
Serbuk perasa secukupnya
Lidi
Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS ALA THAI:
6-7 biji cili padi – tumbuk
3-4 ulas bawang putih – tumbuk
1-2 sudu makan sos ikan thai @ kicap sotong
2-3 biji jus limau nipis
2-3 sudu gula
1 tangkai daun ketumbar – hiris halus
CARA MEMASAK SOTONG : 1. Campurkan bawang putih, bawang besar dan daun ketumbar ke dalam bekas berisi telur. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan sedikit perencah perasa.
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan panaskan. Kemudian masukkan telur. Kacau supaya telur hancur.
3. Masukkan telur yang dimasak tadi ke dalam sotong yang telah dibersihkan. Isi sampai perut sotong penuh. 4. Cantumkan kepala sotong dan cucuk guna lidi dengan kemas.
5. Untuk bakar, letak sotong atas bara api dan biarkan hingga sedikit masak. Kelar sedikit sotong supaya mudah untuk dimakan nanti.
CARA-CARA BUAT SOS : 1. Satukan cili padi, bawang putih, daun ketumbar, kicap sotong, gula dan limau nipis. Gaul sebati hingga semua bahan larut dan sebati. 2. Sedia untuk dinikmati bersama sotong bakar.
1. Satukan yis bersama 1 tsp gula dan 1/2 cup air suam. Biarkan 5-6 minit hingga yis berbuih dan nampak creamy. 2. Di dalam mangkuk yang sesuai, satukan tepung, baki gula, garam, BP, BI, BS gaul sebati dan masukkan bancuhan yis. Kacau rata sambil masukkan baki 1/2 cup air sedikit demi sedikit (air tak semestinya habis jika doh dah nampak lembut). 3. Gaulkan shortening dan uli doh hingga lembut serta tidak melekat di tangan. Tutup doh dengan kain lembap. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dalam 30-40min (sambung terus step no 4 di bwh )
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BREAD MAKER
1. Setting 11 (knead) masa selama 17 minit.
2. Masukkan bahan cecair : 1 cup air suam, shortening, gula, garam diikuti bahan kering : tepung, BS, BP, BI dan YIS.
3. Tekan butang start hingga selesai 17minit. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dalam 30-40 minit.
4. Bahagi doh sebanyak 14 ketul atau timbang seberat 45g tiap satu. Canai doh memanjang 12 x 8cm.
5.Sapukan minyak masak di permukaan sebelah sahaja. Lipat dua di bahagian yang disapu minyak masak. Alas dengan baking paper. Buat hingga habis dan rehatkan lagi selama 30-40 minit hingga naik sekali ganda.
6. Panaskan pengukus dan kukus pau selama 8-10min. Sejukkan di atas redai.
1. Panaskan pengukus hingga air betul-betul mendidih. Api dapur sederhana atau kuat. Balut penutup pengukus dengan kain kapas/muslin supaya air wap tak menitik ke atas pau. 2. Kukus pau selama 8-10 minit sahaja, sekadar untuk mematikan yis. 3. Angkat pengukus bersama penutupnya sekali dan letakkan ke atas alas periuk berjaring.
4. Tunggu hingga wap/asap hilang baru buka penutup dan pindahkan pau. Kalau buka penutup serta-merta selepas angkat, pau akan kecut. Jangan kecilkan api masa ni. 5. Kebanyakan pau tak jadi semasa proses mengukus ye, jadi cara kawal api memang penting.
*atau guna saja resipi pau yang biasa korang guna, cuma lepas rounding bentukkan macam langkah no.4.
1. Panaskan mentega dengan api kecil. Kemudian, tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cuka epal, pes gochujang / sos Korean adabi, chili flakes dan kacau sebati. Tambah air dalam setengah cawan. Sos sepatutnya pekat. Perasakan dengan gula dan garam.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata. Tutup api dan taburkan bijan sangai. Hidangkan bersama bahan pelengkap.
BAHAN PELENGKAP
14 biji steamed bun (bao) Lobak merah | dihiris halus – beli online DI SINI Daun ketumbar | ambil daun sahaja Bawang besar | dihiris – beli online DI SINI Bijan sangai
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...