
Resipi AYAM MASAK MERAH antara menu yang sering ada tiap kali open house. Biasanya ayam masak merah padu dimakan dengan nasi tomato. Buat yang ingin membuatnya boleh tengok langkah yang dikongsi oleh Encik Mohamad. Menurutnya setiap kali raya n open house dia selalu masak ayam merah ni. Ramai yang cakap sedap n berbeza dengan yang biasa mereka makan. Setiap kali yang rasa pasti suruh dia masak lagi.. ni dia share resepi nya.

Tumis rempah 4sekawan n daun pandan. Daun pandan bagi wangi n lagi sedap. Nak tambah serai pon boleh.. saya terlupa nak letak. Dh siap masak baru teringat. Hahah

2.Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Tumis bawang hingga layu

3.Kemudian masukkan cili kering yang telah dimesin bersama bawang merah+halia+kunyit+bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.

4.Kemudian masukkan sedikit asam jawa.

5.Ni rahsia ayam merah saya. Guna sos cili life. Tambah sos cili agak2 ikut kpekatan n kepedasan yang kita mahu. Sos cili ni bagi rasa manis pedas yang lain berbanding cili mesin tu.

6.Ni pon salah satu rahsia. Tambah gula nisan or gula merah. Gaul sekata

7.Tambah bahan perasa. Gula pasir.garam.ajinomoto. gaul sekata. Jika agal pekat boleh tambah air ya.

8.Tambah ayam yang telah digoreng dengan kunyit.

9.Gaul sehingga sebati biar agak2 5minit biar sambal2 tadi meresap ke dalam ayam. Ayam yang digoreng jangan digoreng garing nanti keras pulak.

10. Boleh tambah daun sup jugk kalau suka.
Credit : Mohamad Firdaus
#mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara-Cara Buat Ayam Goreng Rangup Resipi Ibunda. Hanya Guna 5 Bahan Mudah.

Anda penggemar ayam goreng? Dapat yang garing memang layan habis! Tapi kalau beli dari restoran makanan segera, harganya memang mahal. Makan pun tak puas. Nah, cuba resipi bancuhan tepung ayam goreng ni. Boleh buat sendiri. Lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.
AYAM RANGUP KRUKKK KRAKKK!!

BAHAN-BAHAN ( untuk 1 ekor ayam)
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan rempah kari
- Cili padi kisar ( jika nak pedas)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan diatas. Gaul sebati.
- Bahagikan tepung kepada dua bahagian. 1 bahagian tepung dibancuh dengan air. Jangan buat terlalu cair. Jika guna tepung pekat, ayam lagi rangup.
- Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung basah. Jangan perap lama kerana nanti keras.
- Kemudian gaulkan dalam tepung kering hingga rata.
- Panaskan minyak guna api sederhana. Goreng hingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Cik Zana II
Gulai Ayam Kelate, Makan Sekali Mesti Nak Repeat

Gulai Ayam Kelate antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Dah rasa sekali mesti teringat-ingat dan nak repeat makan lagi.
Paling penting guna rempah yang dibeli khas dari Pantai Timur khususnya Kelantan. Kalau susah nak jumpa boleh dapatkan secara atas talian atau online sahaja.
Ada pelbagai versi Gulai Ayam Kelantan ini, namun rasanya memang cukup tersendiri. Makan dengan nasi putih ada pula sambal lada jantan, lepas makan terus teringat.
Gulai Ayam Kelate

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam. (Empunya resipi suka gunakan bahagian tulang-tulang)
Santan sederhana pekat secukupnya.
4 tangkai lada kering *
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 hiris halia*
1 hiris lengkuas*
Kisar bahan bertanda *
1/2 keping Nise
2 keping asam keping
1/2 peket serbuk gulai cap orang terbang (ada cap ros, kalau di kelantan mudah jumpa yang timbang)

CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar hingga pecah minyak


- Setelah pecah minyak, masukkan ayam.

- Letakkan serbuk gulai tadi.

- Gaul rata. Tutul kuali, biarkan jus ayam keluar

- Kemudian tambahkan air secukupnya. Masak hingga isi ayam betul-betul empuk.

- Kemudian letak nise dan asam keping

- Masukkan pula santan.

- Akhir sekali garam dan gula secukupnya. Rasa gulai manis manis lemak ye.
Biarkan kuah mendidih. kemudian bolehlah tutup api.
- Siap untuk dihidang.
Kredit: Mizah Ngatiman
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tip Kurma Ayam Atau Daging Makin Lazat, Lepas Masak Kena Tuang Minyak Sapi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.
Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .
Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.
1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL

BAHAN-BAHAN :
- 200gm bebola sotong
- 20ml kicap cair
- 20gm bawang holland
- 40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
- 40gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 40gm nenas | dipotong dadu
- 60ml sos tomato
- 60ml sos cili
- 10gm serbuk lada hitam
- 100ml minyak jagung
- 120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
- Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
- Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
- Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang/bakar
Jenis masakan : Bebola sotong
Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ
Anggaran kos : RM10
Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.
2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE

BAHAN-BAHAN :
- 320gm corned beef
- 10gm keju cheddar
- 40gm keju mozarella
- 60gm tomato pronto
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10gm bawang putih | dicincang halus
- 80ml susu segar
- 60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
- 4gm parsli Inggeris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
- Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
- Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
- Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
- Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
- Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
- Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
- Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : gril/panggang
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.
Anggaran kos : RM28
Info Chef : Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.
3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL

BAHAN-BAHAN :
- 20gm baby bayam
- 20gm cili benggala merah | didadu besar
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 40ml minyak zaitun
- 60gm jejari ketam | dikisar kasar
- 10ml jus lemon
- 60gm mentega
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK :
- Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
- Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
- Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
- Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 16 minit
Cara memasak : tumis dan reneh
Jenis masakan : Sup
Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam
Anggaran kos : RM8
Info Chef : Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.
4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO

BAHAN-BAHAN :
- 60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
- 200gm beras risotto
- 10gm saderi | dicincang halus
- 20gm kacang pis
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10ml minyak zaitun
- 2gm parsli Inggeris
- 20gm asparagus | dipotong
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
- Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
- Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya
Anggaran kos : RM20
Info Chef : Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.
5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE

BAHAN-BAHAN:
- 180gm bebola daging
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 10gm paprika
- 4gm lada hitam
- 20gm pes tomato
- 20gm saderi
- 20ml minyak jagung
- 320gm pasta tagliatelle
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
- Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
- Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
- Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Stew
Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan
Anggaran kos : RM12
Info Chef : Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine
6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD

BAHAN-BAHAN:
- 240gm sosej daging lembu
- 20gm bawang holland | dihiris bulat
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
- 6 biji roti ciabatta
- 10ml minyak zaitun
- 6gm zaitun hitam
- 20gm tomato | dicincang halus
- 10gm campuran salad
- 2gm lada hitam
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
- Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
- Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
- Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak :Gril
Jenis masakan : Kudapan petang
Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang
Anggaran kos : RM16
Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.

RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.










