Bila sekarang ni asyik cuaca mendung dan hujan je, sedap kalau dapat makan hidangan beke ubi Terengganu kan. Memang asyik lagi-lagi makan bersama keluarga.
Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, senang sahaja dan boleh dibuat bersama anak-anak. Jom kita cuba!
BEKE UBI TERENGGANU
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
900gm ubi kayu 2 keping nissey @ gula melaka – beli online di sini 10 sudu besar gula merah (untuk warna yang lebih menarik) – beli online di sini 3 helai daun pandan 4 cawan air
1. Ubi kayu dibuang kulit dan basuh bersih. Kemudian, sagat dan perah. Ada beza rasa atau tekstur ubi bila kita sagat berbanding kisar. Kita buang air yang ada pada ubi untuk elakkan rasa pahit, ketepikan.
2. Masukkan nissey, gula merah, air dan daun pandan dalam periuk. 3. Masak hingga cair kemudian ketepikan. Bila air nissey dah sejuk, satukan dengan ubi kayu.
4. Kacau rata. Lepas tu masuk dalam loyang. Kukus selama 25 hingga 30 minit. Ketepikan.
5. Untuk bahagian atas putih; satukan semua bahan dalam periuk, kacau rata supaya tidak berketul. 6. Selepas itu, baru hidupkan api yang kecil. Masak hingga ia menjadi agak pekat, matikan api.
7. Ambil ubi kita yang dalam bekas yang dah masak tadi, letakkan bahagian putihnya. 8. Kemudian kukus lagi 5 hingga 10 minit sahaja, dah siap.
Ads
9. Saya suka bahagian atas yang berlemak dan bahagian bawah yang tidak terlalu manis serta kepala santan jenis yang lembik-lembik sikit, rasa lemak-lemak masin sikit.
Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Antara yang menjadi pilihan ramai di bazar ramadan tentunya aneka kuih muihserta manisan pembuka selera seperti Kuih Tako Jagung. Rasanya yang tidak terlalu manis dan bertekstur lembut, menjadikan kuih ini antara kegemaran ramai terutamanya jika dimakan sejuk. Nak cuba buat Kuih Tako Jagungni secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudari Manja Md Diah ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT KUIH TAKO JAGUNG
BAHAN A (HIJAU):
2 cawan tepung jagung
10 cawan air
3 cawan gula pasir
1 tin jagung manis
Sedikit pewarna hijau
BAHAN B (PUTIH):
2 cawan tepung jagung
18 cawan santan perah ( daripada 3 biji kelapa parut)
4 sudu (sudu kfc) garam
Daun pandan – simpulkan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A dalam periuk. Kacau sebati dan barulah dihidupkan api. Masak hingga mendidih. Padamkan api.
2. Tuang adunan A ke dalam acuan atau bekas kuih. Pastikan tuang hingga separuh dari ketinggian bekas. Ketepikan seketika.
3. Untuk menyediakan lapisan putih, satukan bahan B dan adun sebati.
4. Buka api dan masak hingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Adunan B ini memang sedikit cair berbanding adunan A.
5. Bila adunan B mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam bekas berisi adunan A tadi hingga penuh.
6. Biarkan kuih sejuk dan sedikit pejal. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika guna acuan kelongsong pandan, boleh dapat dalam 120 biji. Jika guna cawan dadih yang rendah, boleh dapat dalam 80-90 biji Kuih Tako Jagung.
Kuih Cempiang atau ada juga yang menyebutnya campiang memang popular di Sabah. Sedap dimakan panas-panas, ia terkenal sebagai antara menu sarapan pagi yang sungguh lazat. Rupanya macam Cinnamon Rolls. Bahannya pun ringkas sahaja, apakata sekali sekala kita beralih selera dengan mencuba sendiri resipi kuih dari negeri di bawah bayu ini.
KUIH CEMPIANG
Bahan A:
Sepeket yis
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
(campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih)
Bahan B :
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan majerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung
(gaulkan bersama)
Bahan inti doh :
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu serbuk rempah (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih kisar)
1 sudu besar air suam
Cara-Cara Membuat:
1. Biarkan 10 minit hingga bahan A berbuih.
2. Masukkanke dalam bahan B & uli kejap sahaja sampai sebati.Rehatkan selama sejam untuk mengelakkan doh melekat pada tangan.
3. Selepas itu boleh uli dan canaikan doh.
4. Letakkan bancuhan kicap secara merata di atas doh, tetapi jangan sampai di bahagian tepi.
5. Gulung doh sehingga ke hujungnya. Kemudian potong anggaran 1.5 cm setiap satu. Kalau nak tebal boleh potong sehingga 2 cm atau lebih.
6. Goreng dengan api yang perlahan dan minyak yang banyak. – FARIDAH TALIB
Sedapnya Putu Halba. Guna acuan lompang je! Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, bukan selalu dapat menikmati kuih ini.
Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati.
Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Noor Amirah.
RESIPI PUTU HALBA HOMEMADE & SEDAP KUKUS GUNA ACUAN LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
2 kg ubi kayu
3 sudu makan halba – boleh kurangkan ikut citarasa
Gula melaka – cincang halus. Boleh digantikan dengan gula perang.
CARA MEMASAK: 1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat. 2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
3. Ubi kayu yang siap diparut. Perah parutan ubi kayu tadi hingga betul-betul kering. Lebih mudah kalau perah guna kain.
4. Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan masukkan halba. Gaul rata. Pastikan teksturnya berderai. 5. Untuk memasak, ambil acuan lompang dan masukkan sedikit parutan ubi kayu. 6. Kemudian masukkan gula melaka dan akhir sekali, masukkan sekali lagi parutan ubi kayu.
7. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. ( ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.)
8. Angkat dan hidangkan bersama kepala muda parut.
INFO: 2 kg ubi kayu akan dapat 60 biji putu halba bersaiz kuih lompang