Kanak-kanak memang suka dengan makanan yang berwarna-warni. Buat ibu-ibu yang ingin menarik perhatian anak-anak, boleh cuba resipi apam paddlepop gebu gebas yang mudah ini.
Resipi yang dikongsi Fitrah Qaseh Rich ini, menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.
APAM PADDLEPOP GEBU GEBAS
BAHAN-BAHAN:
140gm tepung gandum –beli online di sini 1 ½ sudu kecil baking powder – beli online di sini 90gm gula halus (resipi asal guna 100gm, tapi saya kurangkan) – beli online di sini 75 ml susu full cream 1 sudu makan ovalette – beli online di sini 2 biji telur (saya guna gred B ) Sedikit esen vanila Inti bluberry Pewarna yang digemari
1. Pukul telur, ovalette dan gula halus sampai kembang gebu putih. Bahagian ni paling penting supaya apam naik cantik buncit-buncit nanti. 2. Dah yakin adunan kembang gebu, baru masukkan tepung gandum dan baking powder yang dah ayak. 3. Masukkan secara selang seli dengan susu full cream. Pukul bagi sebati, kemudian masukkan esen vanilla, kacau bagi sebati.
4. Bahagikan adunan ikut warna. Saya ambil 1 sudu, kemudian warnakan turqoise, 1 sudu lagi warnakan pink dan selebihnya kuning. Warna kuning untuk base, pink dan turqoise tu untuk lorek-lorek atas tu je. 5. Masukkan dalam piping bag.
6. Paipkan adunan yang dah siap warna dalam cup separuh, lepas tu paipkan inti bluberry tadi dan tutup adunan atas sampai penuh. 7. Penuh ye bukan 3/4 atau separuh, barulah cantik naik apam nanti. Lepas tu titik-titikkan guna adunan warna lain pula. Kemudian, lorekkan guna lidi. 8. Dah siap semua, baru mula kukus. Air kukusan dah mendidih baru letak apam.
9. Penutup kukus kena balut dengan kain. Tak nak bagi air menitik jatuh atas apam. Api jangan terlalu besar, sedang-sedang je. 10. Tetapkan masa kukusan 13 minit je ye. Jangan terlebih masa, nanti apam akan merekah. Dah masak, angkat dan sejukkan.
Sedapnya kalau dapat makan pancake yang gebu dan tebal macam di McD tu kan? Kalau nak beli pun dah mahal. Jadi, boleh buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah. Lebih jimat dan puas hati. Adunan yang lebih juga boleh disimpan di dalam peti sejuk.
1. Campurkan semua bahan di dalam satu bekas dan kacau sebati. Boleh kacau menggunakan sudu atau tangan. Nak lagi mudah, boleh masuk ke dalam pengisar.
2. Selepas adunan sebati, panaskan kuali dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sehingga pancake nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan adunan sehingga kekuningan.
4. Siap! Boleh dihidangkan dengan butter, maple syrup, madu atau aiskrim.
Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Atau baru baik demam tekak tak sedap, Jangan Risau ini RASA kongsikan lima resipi ringkas yang bebas santan dan minyak. Gerenti sedap dan sihat dan anda tidak akan menyesal mencubanya.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3cm halia
2 sudu rempah sup
1 paket stok ayam
1 tangkai daun sup | racik
1 batang daun leek | potong kasar
½ biji lobak merah | potong kasar
5 biji tomato ceri
10 biji bebola ikan
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2.5cm halia | hiris
3 biji kentang | potong empat
1 batang lobak merah | potong
500gm suhun
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
Setelah kentang empuk, kecilkan api.
Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup | separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan| racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam| potong kecil
2 biji limau nipis | ambil air
10 batang pucuk daun kemangi | racik
2 ulas cili merah | racik
1 biji tomato | potong dadu
4 batang daun salam | hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah | saiz sederhana
200ml air asam jawa
2cm kunyit
5 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 batang serai | dititik
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan merah dicuci bersih.
Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA DI RUMAH, SILA LAYARI DI SINI.
Bagi penggemar sajian sambal, resipi Sambal Geprek perkongsian saudari Juwita Afifah ini antara yang harus dicuba. Katanya resipi ini sedikit berbeza namun kena dengan selera beliau. Malah ia diperolehi dari blog orang Indonesia dan merupakan resipi asal Sambal Geprek dari Jogjakarta.
Menerusi perkongsian beliau juga menerangkan mengenai perbezaan antara Sambal Penyet, Sambal Geprek dan Sambal Gepuk. Jika Sambal Penyet, ia perlu dimasak dua kali atas api. Sambal Geprek pula tidak perlu dimasak, sama macam Sambal Gepuk. Hanya letak minyak panas. Cuma bezanya, Sambal Gepuk tidak perlu digaul dengan ayam manakala Sambal Geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Wow…nampak menyelerakan. Jom cuba!
CARA MASAK SAMBAL GEPREK PALING ENAK
BAHAN-BAHAN: 20-30 biji cili padi Cili besar – dicincang kasar 4 ulas bawang putih 10-12 biji kacang gajus 3 sudu makan minyak panas bekas goreng ayam Ayam tanpa tulang – digoreng celup tepung. (empunya resipi guna ayam celup tepung readymade)
CARA MEMASAK: 1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Jika ada lesung cobek boleh juga guna.
2. Lumatkan semua bahan menggunakan lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Ambil terus dari kuali semasa sedang panas adalah paling bagus supaya sambal masak sedikit.
5. Gaul rata semua bahan hingga lumat.
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprekkan ayam tersebut bersama dengan sambal.
7. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih.
NOTA: Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.