Kanak-kanak memang suka dengan makanan yang berwarna-warni. Buat ibu-ibu yang ingin menarik perhatian anak-anak, boleh cuba resipi apam paddlepop gebu gebas yang mudah ini.
Resipi yang dikongsi Fitrah Qaseh Rich ini, menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.
APAM PADDLEPOP GEBU GEBAS
BAHAN-BAHAN:
140gm tepung gandum –beli online di sini
1 ½ sudu kecil baking powder – beli online di sini
90gm gula halus (resipi asal guna 100gm, tapi saya kurangkan) – beli online di sini
75 ml susu full cream
TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Pukul telur, ovalette dan gula halus sampai kembang gebu putih. Bahagian ni paling penting supaya apam naik cantik buncit-buncit nanti.
2. Dah yakin adunan kembang gebu, baru masukkan tepung gandum dan baking powder yang dah ayak.
3. Masukkan secara selang seli dengan susu full cream. Pukul bagi sebati, kemudian masukkan esen vanilla, kacau bagi sebati.
4. Bahagikan adunan ikut warna. Saya ambil 1 sudu, kemudian warnakan turqoise, 1 sudu lagi warnakan pink dan selebihnya kuning. Warna kuning untuk base, pink dan turqoise tu untuk lorek-lorek atas tu je.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
6. Paipkan adunan yang dah siap warna dalam cup separuh, lepas tu paipkan inti bluberry tadi dan tutup adunan atas sampai penuh.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
9. Penutup kukus kena balut dengan kain. Tak nak bagi air menitik jatuh atas apam. Api jangan terlalu besar, sedang-sedang je.
10. Tetapkan masa kukusan 13 minit je ye. Jangan terlebih masa, nanti apam akan merekah. Dah masak, angkat dan sejukkan.
Kredit resipi: Fitrah Qaseh Rich
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: